Sunday, November 6, 2011

PULANGLAH WAHAI CINTA

Termangu dalam diam,
Dosa lalu bak lautan hamparan bumi yang seluas pandangan,
Mencari manusia yang dapat memberikan cinta
Namun jawapan terus hampa

Tertunduk di sebalik duka,
Seakan tiada penyelesaian segala masalah di dada
Memikirkan diri yang sedemikian adanya
Seakan diri di penghujung riwayat sudah tiba

Pernahkah terfikir apa yang  cinta terbaik dalam hidup?
Pernahkah terfikir ada yang menyinta melebihi akal pemikiran kita?
Pernahkah terfikir ada cinta yang paling hangat membara?
Cinta dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Kita penuh alpa dalam maksiat, hidayah dihulurkan..
Kita penuh kerunsingan, cinta dihulurkan..
Kita penuh kesangsian, Kalamullah dihulurkan..
Cinta yang tak pernah padam-padam..hangat membara selagi bernyawa.
Indahnya menyinta kepada Yang Maha Pencipta..
Kerana cinta-Nya melebihi cinta seluas lautan manusia..

Ya Allah,
Sesungguhnya aku alpa dalam menjadi hambaMu,
Aku lupa pada batas waktu dengan kesibukan duniawi,
Aku tahu tiada cinta seindah cinta kepadaMu,
Aku hanyalah hamba, namun kasihMu tidak pernah putus buatku..
Ampunkan aku Ya Allah,
KasihMu melebihi sekalian umat manusia,
SayangMu melebihi semua cakerawala...
Akan aku berusaha mengembalikan cinta buatMu,
Sehingga akhir hayatku hanya dengan izinMu
InsyaAllah...





 "Hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."

Saturday, November 5, 2011

PERLUKAH MENANTU MERTUA SERUMAH?

Tajuk ini pernah diperbincangkan di dalam Wanita Hari Ini dimana pakar motivasi menyatakan bahawa terdapat 2 pendapat ulamak tentang menantu dan mertua tinggal serumah, yakni  yang pertama adalah TIDAK DIGALAKKAN dan kedua HARUS (dibolehkan)  bahkan Rasulullah sendiri tidak pernah tinggal bersama mertua baginda.

Menantu lelaki tinggal bersama mertua mungkin tidak menjadi masalah, tetapi yang selalu terjadinya konflik apabila menantu perempuan dibawa oleh suami tinggal bersama ibu dan bapanya. Ini adalah kerana kita melihat dari perspektif adat kemelayuan, kerja rumah mesti dilangsaikan oleh isteri , tidak langsung dijatuhkan dibawah tanggungjawab suami, manakala dari perspektif Islam, kerja rumah dan mendidik adalah jatuh pada kedua2nya dalam menjalani kehidupan suami isteri, tidakkah indahnya Islam?

Apabila tanggungjawab kerja rumah sudah di"set"kan dalam minda masyarakat Melayu adalah kerja isteri, maka apabila menantu perempuan tinggal bersama mertua, sudah pasti perkara ini akan dipandang dan dinilai. Jika tinggal bersama mertua anda perlulah berkorban masa anda untuk menunjukkan anda adalah menantu harapan membuat kerja2 rumah walaupun penat bekerja dipejabat, jika anda rasa anda tidak dapat berbuat demikian maka berusahalah menarik perhatian dengan cara wang ringgit dan hadiah2 pula. Tidak sama antara menantu menumpang dirumah mertua dan mertua menumpang dirumah menantu laksana anda menggunakan harta orang lain dan orang lain menggunakan harta anda! maka perlu hati2 menggunakan harta orang lain berbanding dengan harta benda sendiri

Bukan sedikit wanita yang berkahwin dan tinggal di rumah mertua mengalami masalah emosi. Masalah ini bukan berpunca dari mertua  atau menantu yang berperangai tidak baik tetapi terdapat konflik pada kasih sayang yang cuba direbut pada anak lelaki/suami. Ibu menganggap itu adalah anak lelaki yang disayangi dan telah dijaga sebegitu lama dari bayi manakala suami pula adalah tempat si isteri mendambakan kasih dan sayang. Alasan ini nampak seperti tidak ada logik besar padanya tetapi itulah hakikat dan hakikat ini akan lebih terserlah jika menantu dan mertua ini tinggal serumah. Menantu juga harus sedar bahawa apa yang perlu digapai bukan sahaja kebahagian rumah tangga bahkan redha ibu bapa mertua juga amat penting dalam menjalani kehidupan yang diredhai Allah.

Rasul telah menerangkan bahawa redha Allah adalah pada Redha ibu-bapa,dan murka Allah juga pada marah ibu bapa,sebagaimana sabda Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam:
رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين
Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Maka si isteri perlu sedar akan pentingnya redha mertua dalam perhubungan antara suami dan isteri. Kita dapat lihat diluar sana bagaimana keadaan rumahtangga yang tidak ada redha ibu bapa dimana pelbagai konflik melanda.

Di dalam sebuah Hadis yang menyebut hak berbakti kepada ibu yang lebih utama.
سئل النبي صلى الله عليه وسلم :أي الناس أعظم حقا على المرأة؟ قال:زوجها.فعلى الرجل ؟قال :أمه.(رواه الحاكم
“Ditanya Nabi solallahu ‘alaihi wasallam : Hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab: suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, “ibunya” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Dilihat pada hadis di atas, si isteri perlulah memahami betapa pentingnya suami untuk memenuhi hak ibu. Kita sendiri tidak mahu suami dilabelkan sebagai anak derhaka dan pulangannya pastinya neraka. Suami pula tidak hanya perlu menunaikan hak2 ibu malah perlu memikirkan hak isteri juga. Salah satu tanggungjawab suami adalah melahir dan memberi kasih sayang yang sejati serta tidak menyakiti isteri. Begitu sukarnya tanggungjawab yang berada pada bahu lelaki maka kita samaada sebagai ibu atau isteri perlulah mengambil inisiatif untuk saling bantu membantu dan menenangkan insan kesayangan kita.

Bukanlah perkara wajib untuk suami membawa isteri tinggal dengan ibu bapa, maka jika tidak ada keserasian dalam perhubungan tersebut, maka bawalah isteri keluar dari rumah tetapi dengan alasan yang tidak menyinggung perasaan ibu bapa. Bukan mudah menjadikan 2 manusia berlainan latarbelakang tinggal serumah. Ada yang terlalu pembersih ada yang biasa2 sahaja, ada yang suka masakan cina dan ada yang suka masakan melayu, ada yang suka tidur dan ada yang suka berbuat bising, maka carilah penyelesaian terbaik untuk rumahtangga kita, jangan biarkan isteri terseksa dan ibu bapa merana.

"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Ahmad),

Jika keadaan sudah tidak membahagiakan mana2 pihak, terjadinya aktiviti maksiat seperti maki hamun , mengumpat, mengeji bahkan pergaduhan antara ibu bapa dan menantu yang tinggal serumah maka jangan disiksa lagi hati2 mereka ini. Mintalah ampun pada ibu bapa oleh isteri dan suami dan bawalah isteri pada kehidupan yang lebih tenteram. Mintalah izin dengan sebaik mungkin daripada ibu bapa supaya mereka tidak terkilan. Ziarahlah ibu bapa, bukannya bermakna keluar dan membiarkan ibu bapa sebegitu sahaja.

Monday, October 3, 2011

JOM "RENOVATE" RUMAH PADA HARGA MURAH...

Keindahan dunia yang terbentang luas dengan kemewahan di dalamnya sudah menjadi tarikan pada akhir zaman ini. Manusia terkejar-kejar.. ada yang mencari setitis rezeki dan ada yang mencari mahligai di bumi.

Manusia makin sibuk, masa makin terhad. Masing-masing cuba yang terbaik untuk hidup di dunia. Ada yang bekerja bersungguh-sungguh, Overtime bertimbun2, sabtu ahad sudah menjadi lumrah mencari rezeki walaupun keluarga dipandang sepi. kadangkala overtime hingga solat juga dianggap remeh dalam hidup, semata-mata wang ringgit yang dapat membanggakan diri.

Manusia selalu membuat penambahbaikan pada harta dunia, tapi lupa "renovate" mahligai di syurga. Wang di cari bukan untuk agama, tetapi untuk merasa indahnya dunia. "Renovate"lah mahligai kita di syurga pada harga yang jauh lebih rendah dari renovate rumah biasa.  Jangan kelak kita dapat berbangga dengan mahligai kita di dunia, di akhirat kelak terpaksa pula meminta-minta.

Untuk apa wang berjuta jika isteri sepi menyendiri?
Untuk apa mewahnya kehidupan jika ibu bapa menjadi penunggu tua dipondok usang?
Untuk apa membina mahligai jika hanya mencari pujian manusia?
Untuk apa kita hidup jika bukan untuk menghambakan diri pada Yang Esa?
Jangan pula menjadi hamba pada kemewahan dunia...

INGIN KU RAIH CINTAMU

Usangnya cintaku tidak sedalam cintaMu,
Keindahan kasih sayangMu tidak setanding kasturi kalbu,
Bayangan yang tiada, tetapi cintaMu terasa,
Cukupkah pengorbanan ku meraih cintaMu?

Menara yang ku bina, tidak seindah kasih sayangMu,
Tenta yang ku titip, tak seindah KalamMu,
CintaMu merawat luka-luka hari semalamku,
Bagai pengobanan cinta yang tidak penah jemu.

Aku lupa pada hakikat kehidupan,
Alam yang indah, kemewahan yang melimpah ruah,
Aku lupa enaknya dalam meraih cintaMu
Seindah mutiara di dasar lautan bara.

Aku manusia biasa, zahirnya mendambakan cinta
Asyik dengan nyanyian si pencinta dunia,
Tenggelam dalam kesesatan akal,
Bisakah aku menjadi pencinta yang setia?

Tekadku pasti sudah,
Doa ku pohon penyudah yang terbaik pada cinta ini,
Aku terlalu mencintaiMu,
Mendamba redhaMu, meraih cintaMu.

Thursday, September 29, 2011

ANAK KECIL ANDA JUGA "STRESS"

Sebenarnya tekanan pada kanak-kanak tidak dapat di lihat oleh mata kasar kita disebabkan tekanan pada kanak-kanak ini banyak ciri-cirinya bergantung pada jenis tekanan yang terjadi. Antara tanda-tanda anak anda tertekan adalah anak menjadi nakal, terlalu pendiam, selalu menangis, hilang selera makan. KIta kadangkala memikirkan anak pendiam ini baik , tetapi itu bukanlah keadaan yang sepatutnya. Zaman kanak-kanak adalah zaman riang ria, bukan hanya diam. Lihatlah ke dalam mata anak kita, tengoklah sinarannya. Jika anda ibu bapa yang prihatin, anak yang gembira adalah anak yang mempunyai sinar mata yang anda tidak dapat bayangkan keindahannya.
Mari kita kaji sebab-sebab terjadinya masalah tekanan pada kanak-kanak

1. Anak anda menjadi mangsa buli di nurseri oleh rakan-rakan atau oleh penjaga nya tetapi tidak tahu caranya untuk memberitahu anda. Periksalah badan anak anda semasa anda pulang. Jangan terus menerus membiarkannya. Ini akan menyebabkan anak anda membesar menjadi orang yang tidak gembira! Semasa menghantar anak anda ke nurseri lihatlah riak anak anda, jika dia gembira itulah tempat yang terbaik. Jika dia dalam keadaan yang nampak sedih/ takut/ tidak mahu dihantar ke sana mungkin anak anda bermasalah. Ingatlah anak anda membuat sebarang reaksi bukanlah dia mengada-ngada tetapi semuanya bersebab! Kadangkala dihadapan kita penjaganya sangat baik, tetapi di belakang kita anak kita di cubit-cubit dan dimarahi dengan sewenang-wenangnya.

2.Anda anda menyatakan bahawa dia tidak ada kawan? Ini adalah tanda-tanda bahawa
 dia tidak gembira. Cuba berikan sedikit perubahan dalam kehidupannya dan cuba bantu anak anda mendapatkan kawan.

3.Kekurangan kasih sayang juga penyebab anak anda tertekan. Kita yang dewasa pun jika tiada kasih sayang pasti merasa tertekan. Jadi setiap kali anda meninggalkan anak anda, katakan bahawa anda sayang padanya supaya dia rasa gembira, peluklah anak anda supaya dia merasa kasih sayang anda!

4. Jika anda suka marah-marah pada anak anda, ini juga menyebabkan anak menjadi tertekan. Anda boleh perhatikan jika anda selalu marah pada anak anda, makin menjadi-jadilah perangainya, Cuba untuk relax setiap kali anda rasa anak anda membuat kesalahan. Fikirlah umurnya bandingkan dengan anda, siapa yang akalnya lebih panjang?

5. Memberikan segala yang diminta juga akan menjadi anak anda tertekan. Memang pada asalnya dia akan gembira dengan barang-barang yang dimilikinya, tetapi sedarkah anda, anda sedang mengajarnya. Anak anda akan membesar dalam menjadi kecewa dalam diri jika tidak dapat membuat satu pekerjaan kelak! Pada zaman sekarang bila ibu bapa sudah bekerja mereka akan kasihan pada anak dan memberi apa yang dipinta. Hadkan barangan yang dipinta atau tetapikan disiplin bahawa jika anda membawa anak anda membeli barang, anak anda hanya boleh membeli satu barang sahaja!

6. Jagalah kata-kata anda apabila anda berdepan dengan anak anda. Jangan kritik anda anda terlalu banyak! Ayat-ayat terguran mestilah betul caranya jika anda dapati anak anda naka. JANGAN katakan kepadanya "KAMU NAKAL" kerana ayat ini membentuk sikap pada anak dan menanam dalam diri anak anda dia adalah nakal, jadi dia akan nakal sentiasa kerana sudah menganggap dirinya nakal! Seeloknya anda menyatakan " INI ADALAH TIDAK ELOK DILAKUKAN, TETAPI ANAK MAMA BAIK ORANGNYA". Nanti anda akan melihat anda anda diam , sebenarnya tengah berfikir bukannya dia tak faham.

7. Anda terlalu mengharap anak anda adalah yang terbaik. Jangan mengharap sebegitu kerana anak anda masih kecil lagi. Jangan menggesa anak anda untuk menjadi itu dan ini, berfikirlah supaya anda menjadi penggalak dengan kata-kata yang indah, bukan membebel jika anak anda tidak dapat melakukan perkara yang anda mahukan.

8. Terlalu tegas juga menyebabkan anak anda tiada ruang untuk diri mereka sendiri. Semua perkara perlu mengikut kata-kata anda. Jangan jadikan ini cara anda mendidik kerana suatu hari nanti dia akan menipu pula untuk memuaskan hati anda. Berilah ruang untuknya meneroka alamnya walaupun anda perlu menyapu 3 kali membersihkan barang-barang anak anda!

10. Anak anda malu dengan penampilan , ibu bapa dan juga tempat tinggal mereka. Mereka mempunyai perasaan untuk di sukai oleh rakan-rakan mereka. Jika mereka merasakan bahawa mereka malu dengan apa yang mereka ada berbanding dengan kawan-kawan, sebagai ibu bapa kita perlu mendidik anak-anak supaya bersikap memuji mereka supaya mereka mendapat keyakinan diri.

11. Terlalu banyak tanggungjawab yang diberikan oleh ibu bapa juga menyebabkan anak menjadi tertekan.  Jika kita sekadar memberikan tanggungjawab untuk membersihkan bilik tidur, itu tidak mengapa. Jangan memberikan kerja yang berat seperti menjaga adik yang masih kecil dalam jangkamasa yang panjang di mana kanak-kanak akan hilang kegembiraan dan merasakan ianya beban yang harus dipikul.

12. Masalah rumahtangga antara ibu dan bapa juga akan menyebabkan anak anda tertekan. Ibu bapa yang secara terbuka bergaduh di hadapan kanak-kanak menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka. Sebagai seorang yang memikirkan kepentingan anak-anak, baiklah ibu bapa berbincang secara baik atau ke tempat lain untuk mengelakkan kita menunjukkan sikap kita bergaduh di hadapan anak-anak. Cuba elakkan menunjukkan diri kita sebagai bermasalah seperti menangis, mengeluh  dihadapan kanak-kanak! Walaupun masih kecil anak-anak ini faham akan setiap tingkah laku ibu bapa mereka!

Cara menolong anak yang tertekan ini...
1. Berikan makanan yang sihat kepada anak-anak kerana badan yang sihat ini akan menjadi daya tahan terhadap tekanan.
2. Berikan anak anda senaman yang sihat yang boleh menggembirakan kanak-kanak. Jangan biarkan anak anda dengan video games, televisyen dan computer kerana itu bukanlah perkara yang aktif!
3. Konsisten dengan disiplin yang anda aturkan! Jangan berubah2 kerana kanak-kanak akan menjadi pening, sebab apa yang mereka set dalam otak samada ya atau tidak, hitam atau putih...
4. Berikan sentuhan keibuan atau kebapaan anda kerana sentuhan ini akan memberi makna yang sukar dingertikan. kasih sayang dan pelukan untuk anak anda akan menjadi penawar ketika anak anda sedih!
5. Anda perlu jadi pendengar yang baik pada anak anda. Jika mereka mempunyai masalah, jangan terus mengkritik, bantulah mereka dengan sedikit galakan dari anda. Siapa lagi yang mereka boleh nyatakan perasaan jika bukan anda?
6. Jika anda melakukan kesalahan jangan lupa minta maaf walaupun anak anda masih kecil! Jika anda ego, anda sebenarnya mengajar anak anda untuk jadi EGO juga suatu hari nanti kerana keadaan tidak mahu meminta maaf adalah orang yang tidak pernak rasa bersalah dalam diri dan perasan diri sentiasa betul!
7. Ucaplah terima kasih setiap kali anak anda membuat sesuatu yang dirasakan anda menyukainya. Contohnya anak anda memetik bunga kesayangan anda di taman dan memberikan kepada anda. Jangan terus menerus marah dengan perbuatannya, tetapi sepatutnya anda gembira! berapa le sangat harga bunga tu jika dibandingkan dengan anak anda!
8. Jika anak anda menyebabkan barangan di rumah anda rosak. Jangan anda marahinya, tetapi berfikirlah secara logik harga barangan tersebut berbanding harga anak anda, yang mana satu lebih beharga??

Marilah kita sama-sama mencontohi Rasullullah kerana baginda sentiasa menggembirakan anak - anak kecil. Jika anda ibu bapa yang terasa susah untuk menggembirakan anak anda, berfikirlah untuk menunaikan sunnah Rasulullah.........

 

Wednesday, September 28, 2011

TERTEKAN?????????????????

Tekanan perasaan amat di takuti pada zaman yang begitu canggih ini. Ibu bapa berusaha untuk mencari jalan yang terbaik untuk hidup senang atau untuk menyara kehidupan yang makin memerlukan wang tanpa menyedari usaha inilah yang menyebabkan tekanan dalam kehidupan seharian. kadangkala di jalan raya sendiri kita dapat melihat pemanduan dalam keadaan yang tertekan di mana kereta di bawa tanpa memikirkan bahaya yang bakal menimpa. Perkara-perkara kecil di rumah seperti anak degil, rumah berselerak, suami/isteri  yang suka membuat teguran menyebabkan tekanan pada perasaan kita. Tekanan ini sebenarnya pembawa malapetaka kepada kesihatan kita. Walaupun penyakit tidak datang pada waktu itu tetapi tahukah anda tekanan yang berulang2 pada diri kita akan menyebabkan penyakit yang tidak kita duga.

Apabila kita tertekan, badan akan mula mengeluarkan hormon tertentu terutamanya adrenalin di mana menyebabkan tenaga yang kita simpan dibawa ke sistem otot, meningkatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan tekanan darah, meningkatkan kadar pernafasan dan yang paling teruk sekali ia akan menurunkan kadar metabolisma badan kita untuk proses pencernaan menyebabkan kegemukan. Tekanan turut menyebabkan kadar pertumbuhan dan sistem imun kita menurun dan mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema maka tidak hairan lah jika anda mudah mendapat penyakit ini. Tekanan juga boleh menyebabkan turunnya kadar kesuburan anda! Jika anda tertekan selalu walaupun dalam perkara-perkara kecil maka cubalah mencari ketenangan dengan berehat. Jika anda selalu tertekan dengan keadaan rumah anda, cuba cari jalan keluar dengan mencari pembantu sementara bagi menyelesaikan masalah anda.

Anda perlu ingat bahawa tekanan tidak hanya pada orang yang mempunyai kehidupan yang rendah/ sederhana. Tekanan juga terjadi pada orang yang mewah kerana ingin mencapai kehidupan yang lebih baik kerana manusia tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Kadangkala pendapatan isi rumah sudah mencapai RM20 k, tetapi si isteri masih lagi bekerja dan yang menyedihkan adalah anak-anak diabaikan. Anak-anak dibiarkan di bawah jagaan orang lain dan apabila pulang dengan keadaan penat bukan anak-anak ini disambut dengan gembira bahkan anak-anak menjadi tempat melepaskan kemarahan kerana penat pula melihat anak menyepahkan rumah. Inilah sebenarnya perkara kecil aje tetapi dengan sewenang-wenangnya anak dimarahi. Tidakkah kita takut bila kita pula tidak berdaya seperti anak kita nanti, kita pula di herdik oleh anak2 kita? Sudahlah 4 jam sahaja kita berjumpa dengan mereka, bertentang mata pun belum tentu lagi tetapi anak-anak ini menjadi mangsa kita yang mencari keseronokan mengumpul harta benda. Tidak dinafikan memang ada rumahtangga yang memerlukan ibu dan bapa bekerja kerana wang ringgit amat diperlukan untuk membiayai kehidupan, itu masih boleh dianggap keperluan.

Ada beberapa tip yang boleh diguna oleh kita untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita,
1. Menarik nafas dalam  dalam kiraan empat  , biarkan selama 2 kiraan dan menghembuskan semula dalam kiraan empat . Buat dalam kiraan yang perlahanlah! Ini akan mengurangkan tekanan dalam diri anda.
2.Buatlah latihan sedikit pada badan anda. Buat regangan badan untuk yang bekerja duduk sahaja di atas kerusi supaya badan anda menjadi tenang !
3.Cuba berjalan2 selepas anda menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Jika anda di rumah, bawalah anak anda keluar berjalan2 menikmati pemandangan walaupun hanya di sekitar perumahan anda.
4.Ambillah sebiji lemon /bola tennis untuk melatih tangan anda bila anda rasa penat. Pegang dan bolak balikkan lemon tersebut dalam tangan anda.
5. Tidurlah dengan cukup, untuk mengurangakan tekanan. Beritahu tubuh anda inilah masanya untuk berehat. Jangan tidur di merata2 seperti di ruang tamu tanpa mandi dahulu, ini menyebabkan badan tidak tahu apa yang sebenarnya dilakukan.
6. Menari juga mengurangkan tekanan!!
7. Tetapi yang paling berkesan adalah bacalah Al-Quran dengan terjemahan, rasalah kasih sayang Allah pada anda! Ingatlah dunia ni bukan tempat terakhir untuk kita. Jika kita abaikan kasih sayang pada anak-anak sedarlah anak-anak inilah bekalan untuk akhirat yang pasti tiba dan juga alam kubur yang menjadi landasan hidup kita di kemudian hari. Jangan menjadi ibu bapa yang RUGI......

Tuesday, September 27, 2011

MENGENAL KENCING MANIS

Penyakit kencing manis amat menyukarkan kehidupan jika sudah terkena. Kencing manis atau secara amnya dikenali sebagai diabetik adalah disebabkan oleh badan kita yang tidak dapat mengawal atur gula di dalam darah. Gula ini juga dikenali sebagai glukosa. Ianya bukan sahaja berasal dari gula minuman kita bahkan glukosa ini juga terdapat di dalam makanan kita yang lain. Sebenarnya glukosa ini amat diperlukan sebagai pemberi tenaga kepada badan kita untuk melakukan aktiviti. Glukosa ini akan diserap ke dalam darah ketika proses pencernaan. Ia kemudiannya akan diserap semula oleh sel-sel tisu kita diseluruh badan kita untuk menghasilkan tenaga dimana bantuan sejenis hormon di panggil insulin (dikeluarkan oleh organ-pankreas) proses ini. Tetapi untuk pesakit diabetik terdapatnya gangguan pada  penghasilan (tidak mencukupi)atau penggunaan hormon ini menyebabkan gula hanya berada di dalam salur darah tanpa di gunakan. Pengumpulan gula inilah menyebabkan pesakit kencing manis ini apabila mendapat luka amat sukar di sembuhkan, bahkan makin merebak! bahkan kekurangan glukosa pada sel-sel badan menyebabkan sel lemah dan mudah rosak. Glukosa yang tinggi di dalam darah pula menyebabkan gangguan pada organ badan yang tertentu.

Terdapat 2 jenis penyakit kencing manis

1. Jenis Pertama ( Diabetic Mellitus Type 1)
Ini adalah disebabkan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup! Untuk jenis yang pertama ini selalunya adalah disebabkan keturunan! tetapi dalam sesetengah kes seperti pembedahan pembuangan pancreas, kerosakan disebabkan alkohol dan penyakit pencreas. Pada tahap tertentu pesakit jenis yang pertama memerlukan bantuan insulin yang diambil dari luar.

2. Jenis Ke Dua ( Dibetic Mellitus Type 2 )
Badan menghasilkan insulin dengan baik tetapi badan tidak dapat menggunakannya. Selalunya berlaku pada umur yang agak tua melebihi 40 tahun tetapi pada zaman yang serba canggih ini penyakit kencing manis  jenis ini telah mula menyerang golongan muda.

3. kencing Manis Ketika Mengandung sahaja.
Ini terjadi kerana badan orang hamil  mempunyai pelbagai jenis hormon yang mengganggu samaada pembentukan insulin ataupun pelbagai jenis hormon ini menyebabkan badan tidak dapat menggunakan insulin dengan baik. Glukosa tidak dapat digunakan oleh ibu hamil , maka si anak akan menggunakannya. Tidak hairanlah ibu mengandung yang mempunyi kencing manis berkemungkinan besar mempunyai saiz anak yang lebih besar! Ibu yang mempunyai kencing manis akan berkemungkinan besar mendapat kencing manis pada masa akan datang.

Masalah lain yang turut ada jika mendapat diabetik
1.Kerosakan pada mata anda dan boleh menyebabkan buta
2. Kerosakan buah pinggang menanggung beban gula yang tinggi
3. Kerosakan pada sistem saraf menyebabkan luka pada kaki dan ulcer.
4. Kerosakan sistem saraf utama boleh menyebabkan lumpuh
5. Menyebabkan pengumpulan plak lemak pada salur darah
6.Menyebabkan kolestrol naik
7. Gula rendah disebabkan ubat
8.jangkitan kuman yang sukar di sembuhkan..

Friday, September 23, 2011

BAIK SANGATKAH KITA?

Hidup kita tidak lari dari persekitaran yang menyeronokkan, memiliki sahabat dengan pelbagai ragam yang sudah pasti membawa pelbagai reaksi sebagai tindak balas. Tetapi ingatkan kita pada tindakbalas kita apabila kita tidak berpuas hati dengan tindakan orang pada kita? Kita menyatakan ketidakpuasan kita dan sahabat lainnya menyokong, jadi kita tidak salah dimata mereka tetapi kita salah di sisi Allah! Ingatlah kelemahan orang lain itu sebenarnya ujian buat kita. Ujian melihat kesabaran kita dan Ujian kepada larangan Allah dalam mengumpat dan mengeji.. Tidakkah akal diberikan untuk kita berfikir?

Marilah kita memeriksa diri sendiri sebelum sibuk dengan hal orang lain. Tidak salah menegur sahabat kita secara terang-terangan, malahan itu yang disarankan oleh Islam, malah pahala menanti kita jika betul caranya. Yang menjadi persoalannya mengapa mesti menyatakan kelemahan orang lain kepada orang lain juga? Tidakkah ia menampakkan kelemahan kita dalam beragama? Bukankah perintah Allah supaya menjauhkan diri dari mengumpat dan mengeji?

Mari periksa diri kita sendiri.. adakah kita sudah menutup aurat kita sebagaimana yang diwajibkan? Jika belum maka anda juga ada kekurangan diri..

Mari periksa lagi... Adakah kita ini sentiasa menepati masa masuk tolong kawan punchkan sahaja? Jika ya, anda juga telah makan gaji buta..buruk juga kelakuan anda rupanya..jadi jangan asyik mencari kelemahan orang entah-entah anda juga di umpat juga?

Mari periksa diri kita sendiri.. Adakah kita sudah membaca tafsir Al-Quran? Jika belum maka bacalah kerana di dalamnya terdapat amaran Allah yang ditujukan untuk si pengumpat dan dipengeji..tidak takutkah kita?

Mungkin ada banduan yang ditahan di penjara, besar kesalan meraka di dunia, tetapi pintu taubat telah mereka miliki dan hukuman yang mereka jalani telah menyeksa mereka, tidak perlu memandang buruk pada mereka ini mungkin Allah dah ampunkan mereka tetapi belum mengampunkan kita yang masih mengata dan mengeji ini..

Sudah cukup besarkah pahala kita di sisi Allah kerana di akhirat kelak kita terpaksa memberikan pada orang yang diumpat. Benarkah segala amalan baik kita selama ini 100% sudah diterima oleh Yang Maha Esa? Entah ada atau tidak pahala yang kita rasa sudah banyak kita miliki selama ini. Maka jangan jadi orang yang rugi di akhirat kelak kerana di sanalah kehidupan kita yang sebenar-benarnya. Ibarat mencelup jari ke dalam lautan luas, air yang melekat itulah dunia yang selebihnya adalah akhirat.

AMPUNKAN AKU WAHAI PENCIPTAKU

Aku menatap kalam Mu, wahai penciptaku,
Meniti baris-baris ayat,
Yang tidak pernah aku pedulikan
Yang tidak pernah aku baca
Kerana aku lalai dengan kehidupan dunia.

Bila badai mula melanda,
Aku seakan-akan tiada lagi tempat mengadu,
Aku tiada kekasih yang menyintai,
Aku tiasa tempat untuk mengisi sunyi
Aku tiada daya menyatakan isi hatiku.

Waktu itu aku sedar,
aku terlalu alpa selama berpuluhan tahun,
Hanya tinggal separuh lagi perjalanan hidup ini,
Itu pun jika masih berbaki...

Ya Allah, berat dugaanMu, maka aku jadikan ia HIDAYAH,
Yang menjadi cahaya kecintaan aku sebagai hambaMu,
Ampunkan aku wahai Penciptaku,
Ampunkan aku kerana lupa keindahan kalam-Mu,
Ampunkan aku kerana lupa akan Sunnah Rasulku,
Ampunkan aku kerana lupa pada keindahan cintaMu kepadaku

SUKARKAH PERKAHWINAN ANDA?

Kadangkala dalam rumahtangga, pelbagai dugaan yang kita tempuh. Tidak disangkalkan sukar mendapatkan rentak dan irama selepas kita mendirikan rumahtangga. Suami terpaksa meninggalkan segala aktiviti masa mudanya melepak dan bersukan pada masa lapang, manakala si isteri terpaksa melupakan aktiviti bershopping sakan , bergaya dan menjaga tubuh badan.

Dalam satu kajian menunjukkan kita mengambil masa semaksimum 7 tahun untuk mengetahui samaada perkahwinan kita itu bakal kukuh atau akan roboh.. inilah tempoh percubaan sebab itulah di luar negara mereka tidak mendaftar perkahwinan tetapi telah  tinggal serumah bagi menentukan samaada ada kesesuaian atau tidak. Di dalam Islam, tiada ikatan luar nikah ini dibenarkan sama sekali, bukan bermaksud Islam itu tidak cantik bahkan ianya terlalu indah kerana ikatan perkahwinan sebenarnya menjanjikan suami dengan tanggungjawab yang besar dipikul untuk menjaga isteri dan anak-anak. Itulah antara intipati yang dilafazkan oleh suami ketika akad nikah tanpa disedari oleh mereka! sebab itu ramai suami lalai!!!

Semasa awal perkahwinan terdapat perbezaan antara kedua-dua belah pihak. Si suami dengan latar belakang yang senang dari A-Z dijaga rapi oleh ibu. manakala si isteri berlatar belakangkan dengan kehidupan berdikari.. contohnya. Maka hal ini jika tidak di ambil peduli terjadinya suami yang selalu ingin isteri mendampingi makan minum dan pakainya manakala si isteri terasa seolah suami boleh membuat kerja mudah itu sendiri. Maka untuk kedua-dua pihak, kajilah latar belakang pasangan anda, cuba lihat apa yang diperlukan oleh pasangan anda. Jangan hanya membuat tanggapan sendiri kerana tidak rugi mengkaji cuma jangan mengkaji kerana mencari KELEMAHAN latar belakang keluarga masing-masing yang tentunya akan menjadi PADAH!

Kadangkala jiwa si isteri meronta-ronta suami berubah dan dengan mudah menghantar sms kepada suami memberitahu salah suami dengan niat yang baik suapaya rumahtangga lebih harmoni. SALAH TINDAKAN ANDA! Sebenarnya sms itu peratusannya lebih tinggi akan menyebabkan PERGADUHAN wahai sahabatku. Berapa banyak kes penceraian disebabkan sms ini berlaku kerana bila kita menekan butang huruf di handphone sudah pasti segala yang terbuku di hati keluar dengan mudahnya , malah kelemahan sms adalah intonasi bacaan yang kita taip dan intonasi bacaan pada si penerima adalah berbeza. Kita hantar dengan kononnya bernada meminta simpati padahal si pembaca membaca dengan nada marah.

kadangkala kita seakan merasa lemah dengan apa yang berlaku di dalam rumahtangga kita. Kita bercinta bagai nak rak bak percakapan orang tua, tapi bila berkahwin keindahan seakan-akan makin hilang. Terasa beban yang mencurah2 makin terasa,suami pula meninggalkan beban kerja rumah kepada si isteri sahaja malahan jika rumah tidak teratur si isteri pula disalahkan. Benarkah tanggungjawab KERJA RUMAH itu hanya untuk isteri. TANGGAPAN INI SALAH sahabatku! Tangggungjawab kerja rumah ini bergantung kepada siapa yang keluar mencari nafkah dan siapa pula yang tinggal untuk menguruskan rumahtangga. Jika si suami bekerja manakala isteri surirumah , tanggungjawab isteri adalah menguruskan hal rumahtangga begitu juga sebaliknya. Jika kedua-duanya bekerja, maka tenggungjawabnya adalah sama-sama dipikul. Ini tidaknya bila kita melihat kebanyakan perkahwinan melayu sekarang si suami hidup bersenang lenang dan hanya meninggalkan semua tanggungjawab kepada si isteri selepas pulang dari kerja. Si isteri terpaksa memasak, membasuh baju, mandikan anak malahan nak salin lampinpun si suami masih menunggu si isteri. Kasihan lah pada si isteri, duit isteri bekerja guna jugak untuk menampung keperluan tu yang tak sedap tue.. Inilah salahnya konsep perkahwinan yang terdapat dalam keluarga / adat  kita yang masih kita terbawa-bawa sehingga sekarang. Dulu lainlah, sekarang lain maka berubahlah untuk saling bantu membantu, jadikan Rasullullah sebagai idola kita, ikutilah sunnah Rasullah. Baginda selalu membantu isteri baginda membuat kerja rumah walaupun kita tahu baginda seorang pemimpin besar, sibuk dengan segala urusan negara dan urusan menegakkan ISLAM. Siapalah sangat kita ni, EGO kita melebihi keindahan mengikut tingkah laku Rasulullah.

Janganlah berputus asa, berdoalah untuk pasangan kita. Jangan terlalu mudah mengikut perasaan dengan menyatakan perasaan kita secara terus kepada pasangan kita. Tidak semudah itu manusia menerima kritikan!! Suami mempunyai egonya tersendiri begitu juga si isteri. Jika anda terasa lemah maka ingatlah ada YANG MAHA PENGASIH yang sentiasa menyintai hamba-hamba-Nya. Anda terasa dunia seakan-akan kosong maka ingatlah YANG MAHA PENYAYANG sentiasa menanti doa dari hamba-hamba-Nya. Doa kita bukan boleh berubah sekalip mata, maka berdoalah setiap hari. Jangan berputus asa dengan nikmat Allah. Ingatlah kadangkala hidup kita bahagia kita terlupa menyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, apabila susah barulah kita menadah tangan meminta-minta pada nikmat-Nya. Adilkah kita dengan berbuat begitu? Bila susah kita meminta-minta. Tetapi Allah itu seindah ASMA-Nya. Kembalilah kita kepada fitrah mencintai Allah, menadah tangan sehingga akhir hayat kita kerana setiap dugaan itu adalah hidayah Allah kerana jika kita sentiasa bahagia kita lupakan Allah. Fikirlah dan ingatlah Allah sentiasa, semoga Allah juga mengingati kita.. Jangan terlewat sahabatku. Bukan mudah menjalani kehidupan rumahtangga, syukurilah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita setiap hari sesungguhnya nikmat bersyukur itu terlalu indah.

BAYANGKAN ANDA ADALAH ANAK ANDA!

Tidak ada yang lebih merunsingkan kita jika anak kita degil, susah mendengar cakap, cakap 5 kali belum tentu keje berjalan bukan? Mari kita kongsikan bersama2 cara2 menangani anak yang susah untuk di didik ini.. ianya di gelar 7P...

1-PERHATIAN
Kita selalu lalai dengan bab ini. Kadangkala kita terlalu suke menonton TV, almaklum le bulan2 kena bayar bil ASTRO..tak ke rugi kalo tak menontonnya? Sebenarnya di dalam kehidupan kita, kita ambil mudah dengan soalan2 yang diberikan oleh anak kita, kita menjawab sambil lewa atau lebih teruk lagi kita buat BODO aje.. Agaknya apa perasaan kita bila kita dah tua nanti, dalam keadaan tak berdaya /tua bila kita beri soalan anak kita jawab sambil lewa aje? Tidakkah kita takut saat itu akan tiba? Buat lah yang terbaik untuk anak anda! Bukan hanya dengan mewahkan anak kita dengan permainan tapi mereka juga amat meninginkan PERHATIAN anda! Jangan terlewat wahai saudaraku...

2-PUJI
Kadangkala anak datang kepada kita menunjukkan hasil tangan nya yang ala2 kartun tue... jangan hanya biarkan begitu sahaja.. Pujilah!!! Anda juga suka bila dipuji bukan? Seronok bila anda dipuji!! begitu juga anak anda! Jangan biarkan saat yang mengembirakan anak anda menjadi hampar, umpama kita membawa hasil kerja kepada bos kita, anda berharap beliau akan berpuas hati bukan, lagi seronok bila beliau cakap BAGUS... kalau hasil kita di tolak oleh bos kita padahal kita dah bersusah payah siapkannya, apakah perasaan kita?
Puji pun ada caranya, jangan hanya memuji di mulut tapi memandang ke arah lain. Pujilah sambil bertentang mata dengan anak anda, permata hati anda! Puji lah lebih sakit, bukan hanya cakap CANTIK! Puji secara terperinci adalah lebih mendorong anak kita membuat keje dengan lebih teliti kelak. Apa salahnya PELUK lah sekali menandakan anda sayang padanya. Mengikut kajian, pelbagai hikmah PELUKAN/ SENTUHAN.. So jangan jadi ibu bapa yang RUGI!

3-PENDIDIKAN.
Mendidik adalah perkara penting dalam kehidupan kita untuk membesarkan anak-anak kita. Mendidik bukan hanya sebutan! mendidik memerlukan anda korbankan diri anda sebagai IDOLA ANAK ANDA! Maka berubahlah kepada manusia yang lebih baik, cintailah Allah supaya anak anda juga menyintai PenciptaNya.
Jika anak mendengar di sekolah , MEROKOK HARAM, tetapi bila balik rumah ayahnya pula merokok, apa agaknya anak  ini akan fikir? Bagaimana pula jika ustazah kita berkata kepada anak kita, KITA MESTI MENUTUP AURAT BAGI WANITA dengan menerangkan bahagian2 yang sepatutnya tidak didedahkan dan apabila kita keluar rumah sebagai ibu kita memakai pakaian seksi , apa agaknya fikiran anak kita? Perlukan ISLAM itu di kotak katikkan oleh diri kita? JANGAN LAHIRKAN GENERASI ISLAM LIBERAL, TOLONGLAH JANGAN MENFITNAH ISLAM...
Perkara yang perlu ditekankan lagi adalah kita bangga bila anak kita cemerlang dalam ILMU DUNIA, hantar kelas bermacam2 kelas supaya anak kita CERMERLANG, tetapi adakah kita mengambil kira BAB SOLAT anak kita? Adakah kita bangga dengan anak yang mendapat 8A SPM tetapi solatnya tidak dibuat?

4-PUJUK.
Tak salah kita melemparkan sedikit EGOO kita untuk anak2 kita. Dah le kita terlewat mendidik anak kita, dah umur 15 tahun baru perasan anak kita KURANG AJAR...Kita yang salah sebenarnya.  Maka pujuklah anak anda.. Berkasih sayanglah dengan anak anda kerana Allah...

5. PUKULAN
Tidak salah kita memukul jika bersebab tetapi pastikan salahnya besar! Jangan sikit2 kita nak naik tangan, maunya tua nanti bila kita pecahkan cawan, dia pulak naik tangan kat kita.. SERONOK kah kita masa tue? Pukullah jika anak kita tidak mahu menunaikan perintah Allah... Jangan terlalu memaksa hal-hal duniawi, paksalah untuk hal akhirat kerana salah satu belakan kita kelak adalah anak yang soleh .. Jangan rugi di alam kubur! Jangan rugi di akhirat kelak wahai sahabat!

6-PENGHARGAAN.
Anak anda berjaya solat! maka berikan ganjaran padanya... Anak anda berjaya puasa penuh, berilah penghargaan kepadanya. Cuma minimumkan penghargaan, lebihkanlah PUJIAN. Jika tidak  kita takut suatu hari nanti bila kita janjikan RM50 jika berjaya puasa sehari, takut nanti dirumah bila keseorangan dia akan makan dan minum, tetapi di depan kita anak kita membuat muka ala2 letih! Sudah menjadi mengajar anak kita MENIPU pula.. jangan rugi! Berilah penghargaan secara kecil-kecilan, ajar anak kita mengumpul mata juga kaedah yang baik.. bila dia membuat kerja rumah akan mendapat mata/ guli yang kita sediakan. Bila anak kita mencapai 10 guli boleh ditukar kepada bentuk hadiah pula.

7-PERIKSA
Jangan lupa bab ini, periksalah anak anda! Bila kita berpuas hati dengan pencapaian anak kita disekolah kita membiarkan terus anak kita tanpa memeriksa bilik, beg dan kerja rumahnya. Kita tidak tahu betul kah anak kita ini berjaya sebab rajin, atau berjaya kerana meniru. Periksalah aktiviti seharian dan jagalah anak anda jika ke kafe siber, kebanyakan anak-anak yang ke sana mencarut dan memaki hamun sesama sendiri.. anda tidak percaya? cubalah masuk ke sana ketika cafe siber ini dipenuhi pelanggan pelajar2 ... anda akan tahu teruknya keadaan di sana.


ANAK ADALAH PERHIASAN DUNIA JANGAN TERLALU BANGGA DENGAN PENCAPAIAN DUNIAWI ANAK2 SEHINGGA KITA SIBUK MENCERITAKAN PADA ORANG LAIN PENCAPAIAN ANAK KITA, KEBOLEHAN ANAK KITA "SPEAKING OMPUTEH".. JANGAN TERLEWAT SAHABAT2 KU.MARI LAHIRKAN GENERASI MUKMIN YANG SEJATI.. TIDAKKAN KITA GEMBIRA BILA ADA YANG MENDOAKAN KITA BILA DI ALAM BARZAKH NANTI? TIDAK MAHUKAH ANDA?

INDAHNYA TAFSIRAN KALAMULLAH..

Adakah kita gemar membaca Al-Quran? maka jangan pula lupa akan tafsirannya! Sesungguhnya lebih baik kita membaca bersama2 dengan alim ulamak.. sebab mereka lebih memahami setiap ayat dengan teliti dan memahami bahasa Arab.. malangnya kita kesempitan masa tetapi adalah lebih rugi kalau kita tidak membacanya langsung. Kita seronok membaca Al-Quran kerana alunannya lunak, tambahan pula jika kita pandai melagukan nya dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya Al-Quran mendidik jiwa kita sebaik mungkin. Di dalam nya terdapat rahsia-rahsia yang tersembunyi yang dapat melembutkan hati, menenangkan jiwa, menyedarkan kita tentang dunia, mengingatkan kita tentang balasan akhirat yang pasti tiba untuk setiap manusia samaada kafir atau orang yang beriman. Indahnya kalam Allah ini  hanya dapat dirasai oleh orang yang membacanya beserta maksudnya. Tidak dapat dibayangkan keindahan kata-kata yang terdapat di dalam Al-Quran, maka marilah kita menghayatinya supaya kita menjadi akur dengan perintah Allah, redha dengan ketentuanNya, menjauhi larangan-Nya.
Al-Quran! Indahnya bahasa yang tersusun. Indahnya bayangan syurga, takut yang teramat jika neraka di sebut sebab dosa kita sebesar biji sawi pun pasti akan diambil kira. Mungkin kita terasa kita sudah cukup baik di dunia... sesungguhnya TIDAK sama sekali! Penduduk Islam di muka bumi banyak sekali, umpama buih2 dilautan... tetapi pegangan agamanya bak memegang bara SAHAJA! Mampu kah dengan sedikit kebaikan yang kita buat menangani keburukan kita mengumpat, mengeji manusia lain? Tiada tempat kita boleh lari dari pengawasan Allah, dan juga perlu kita ingat dua malaikat yang taat dan setia kepada Yang Maha Esa di kiri dan kanan kita. Pada zahirnya tidak nampak, tapi TAKUT lah! TAKUT lah! TAKUT lah!!!!!!!!!

Friday, August 12, 2011

MAKIN HARI MAKIN KAYA

Mari kita renung sejenak hidup kita, adakah kita ini semakin hari semakin kaya dengan harta dunia, Allah menyintai kita sebab itu kita dianugerahkan begitu banyak harta dunia. Mari kita fikir lagi, adakah amalan kita mencukupi , sentiasa mengingati Allah , menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya? Yang menyebabkan harta kita bertambah dari hari ke sehari? Atau adakah kita ini meninggalkan perintah Allah , bergembira dengan larangan Allah ketika didunia bahkan seronok mendedahkan aurat secara terbuka, meneguk arak, tidak bersolat tapi kita rasakan bahawa nikmat Allah itu makin  banyak buat kita walaupun kita tidak mengendahkan larangan Allah?
Maka hati-hatilah dengan nikmat sebegini. MAKIN HARI MAKIN KAYA walaupun maksiat sentiasa berada di dalam diri kita...itulah ISTIDRAJ!!!!!!!! Moga Allah menjauhkan kita nikmat yang sebegini, biarlah kita hidup sederhana asalkan jangan dikurniakan ISTIDRAJ pada kita..
MAKIN HARI MAKIN KAYA walupun tidak solat
MAKIN HARI MAKIN KAYA biarpun sentiasa mendedahkan aurat
MAKIN HARI MAKIN KAYA walaupun ke kelab malam dan minum arak
MAKIN HARI MAKIN KAYA walaupun berzina
ISTIDRAJ merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah tetapi tidak diredhai-Nya. Allah memberi dan terus memberi agar kita dari hari ke sehari makin lupa akan larangan-larangan Allah, nanti senang terus humban ke neraka.. tak takutkah?
Dulu kita memandang rendah pada orang yang berkereta kancil, yang ke masjid menunaikan perintah Allah padahal kita naik BMW ke kelab2 malam malahan makin banyak harta yang berjaya kita kumpulkan. Allah sayang sangat le kat kita konon-kononnya. Jangan nati kita dok menjerit2 dalam neraka padahal pemilik kancil tersebut bersenang lenang ditemani bidadari syurga.. malu ugak ek kalau berada dalam keadaan macam tue.. adoi le .. bukan sahaja anda kena berfikir , saya juga turut perlu berfikir, sebab kita tak tau bila ajal akan menjemput.
Jangan nanti bila bertemu ajal kita masih dengan kekufuran kita, Semoga di jauhi Allah keadaan seperti ini. Oleh itu, hati-hati dengan istidraj ini, kerana kita takut bila ajal sampai nanti kita tidak sempat memohon ampun dari Allah. Kita telah menggunakan nikmat Allah tetapi masih angkuh dan sombong di dunia ini, masih tidak memikirkan akhirat dimana azabnya sangat dasyat!
Makin kaya kita semakin banyaklah yang kita perlu jawab nanti, kerana setiap harta kekayaan itu pasti akan dipersoalkan kelak kemana kita telah menggunakan semua harta tersebut sebabnya yang pasti semua tu milik Allah , kita hanyalah peminjam sahaja, tak payah kene interestpun.. Ala2 kita buat pinjaman siket dengan pijaman berpuluh ribu, yang buat pinjaman sikit tu senang aje diluluskan, pinjaman yang banyak tue banyak pulak cekadaknya, begitulah diibaratkan. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Semoga kita makin hari makin kaya dengan ibadah dan kehambaan pada Yang Maha Esa...bukan harta dunia yang melalaikan.

SESUNGGUHNYA DUNIA INI ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN,
SYURGA BAGI ORANG KAFIR.....

Fikir-fikirlah....

Monday, August 8, 2011

Rezeki Berlimpah Ruah, Anak Isteri Sepi Tanpa Cinta Ilahi..

Mari kita renung sejenak, mari kita hitung bersama-sama, masa yang kita peruntukkan untuk anak kurniaan Ilahi.
Kita rasakan seolah2 masa berlari begitu pantas, membenamkan kita ke dalam ruang yang begitu sempit, ahli keluarga sukar bertentang mata, rumah  bagai hotel buat kita.

Rumah tersergam indah, sofa buatan Itali, kabinet import dari United Kingdom, Kereta BMW 5 series, tapi malangnya sofa buatan Itali yang empuk di rasai oleh pembantu rumah, kabinet import hanya untuk dijamah mata tetamu. Kita pula sibuk mencari rezeki, seakan apa yang ada itu masih belum mencukupi buat kita.

Kita mencari rezeki sehingga lupa pada tiang agama, kita mencari rezeki sehingga lupa anak2 yang memerlukan perhatian kita. Kita merasakan sudah cukup dengan menghantar anak-anak ke sekolah agama, cukup lah dengan makan minum yang dimasak oleh pembantu rumah, cukup segala wang saku buat bekalan di kantin, cukuplah dengan semua barang2 yang disediakan di rumah, bilik anak yang tersergam indah, Sony PSP peneman anak kita di kala kita tiada. Cukup kah? Benarkah?

Apabila berlaku sesuatu di sekolah, kita menyalahkan pihak sekolah kerana tidak mengajar anak kita dengan baik. Kita menjadi marah bila guru mendenda..kaji semula. Adakah sifat anak kita itu adalah sifat sebenarnya atau lakonan semata2 untuk kepuasan hati sang ibu dan sang bapa, berlakon setakat sejam dua bertentang mata dengan ibu bapa bukan lah perkara yang susah! itu pun kalau sempat berjumpa... berlakon dengan guru selama 6 jam lebih sukar.

Jangan kita terlewat mendidik, masa kita mendidik anak dengan baik dan tegas adalah semasa mereka berumur 7 hingga 14 tahun. Jika masa ini kita abaikan, bila dah burumur 14 tahun baru kita sedar anak kita menyimpang jauh dari landasan yang sepatutnya, kita sudah terlewat! Kita lupa nak lihat benarkan anak kita sudah boleh bersolat kerana menunggu masa balighnya, kita pasti menyesal. 

Nampak kuno bila kita mendesak anak kita untuk mendalami agama pada umur yang masih muda, tidakkah kita tahu mereka di luar negara yang lebih maju teknologinya lebih canggih menggunakan kaedah mendidik pada usia yang muda, bermakna kitalah kuno sebab  tak tau...

Itulah sebabnya kita dapat lihat di luar sana, ibu yang bertudung tapi anak daranya masih memakai seluar pendek ke kedai mamak, dengan paha yang menggiurkan tapi si ibu seakan2 bangga dengan kelebihan anaknya. Tidak kah kita kasihan pada si anak, oleh sebab kelalaian kita, si anak menanggung dosa?

Kita dapat juga melihat di luar sana, si ibu yang masih mempunyai susuk tubuh menggiurkan dilapisi benang sesendat mungkin seakan2 gembira dipandang lelaki lain, si ayah pula bangga kerana memiliki si ibu yang masih bergetah walaupun anak sudah 3! Bestnya dunia, di mana peranan sang ayah sebagai pendidik? pendidik kepada ibu yang masih dikuasi nafsu dunia, mendidik anak yang memerlukan perhatian.

Marilah kita sama2 membuat perubahan pada diri kita demi anak- anak kurniaan Ilahi...Kita berubah kerana cintakan Ilahi, umur makin meningkat, masa semakin mencemburui, ajal bila2 sahaja pasti tiba pada waktu yang dijanjikan waktu yang kita sendiri tidak tahu bila.. esok kah? malam ini kah? satu minit lagikah?...
Adakah pada masa kita bertemu Ilahi kita dapat menjawab pertanyaan di mana tanggungjawab kita mendidik anak-anak , jika anak2 dibiar sepi si ibu di biarkan nafsu dunia terus menguasi diri? Bolehkah kita manjawab tak cukup masa sebab sibuk mencari rezeki? benarkah mencari rezeki atau rezeki kita rasakan tak pernah cukup2 , kita rasakan tak pernah puas apa yang telah dikurniakan oleh Ilahi..

Ingat ayat ini..... sebagai amaran buat kita yang lalai mengejar dunia

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr

Tangisan Cinta BuatMu

Zaman makin maju, aku makin alpa,
mencari cinta yang semuanya belum pasti,
mencari ketenangan yang masih belum abadi,
hilang arah menilai diri , siapakah yang aku cintai?

Malam kian berganti, hari semakin memamah diri,
Aku masih di sini dan terus mencari,
Ombak gelombang yang membadai nurani,
Kecintaan apakah yang menjanjikan kesetiaan?

Hidup dipenuhi dengan kelazatan
kadangkala sudah mencukupi tapi hati masih belum puas,
Belum puas mengejar cinta yang tak henti-henti meminta untuk dipenuhi,
Cinta penuh nafsu, cinta pada kemewahan, cinta pada kehebatan diri sendiri,
Aku kah itu?

Aku masih memikirkan, masih belum cukupkah apa yang aku miliki?
Masih belum cukupkah kurniaan Ilahi?
Tapi yang nyata, belum cukup cintaku buatMu, Ya Allah...
Akan ku korbankan kemewahan diri,
Aku hanyalah hamba Mu, hamba yang memerlukan cintaMu dalam hidupku,
Biar aku menangis kerana mencintaiMu,
bukan menangis untuk dunia yang memperdayakanku...


Thursday, July 14, 2011

KISAH MAMAT THE CLOWN

Satu rancangan di televisyen yang saya rasa elok untuk diberikan sedikit imbuhan..Kisah mamat the clown. Mungkin ada yang ada menonton kisah ini yang melibatkan satu keluarga badut yang diketuai oleh Mamat. Mereka banyak buat show di hospital-hospital untuk menghiburkan pesakit.
Isu ini nampak kecil di mata orang lain tetapi fikir2lah....Kisahnya begini, Mamat asalkan bekerja sebagai seorang pemandu. Beliau memiliki bayi yang baru dilahirkan, maka sebagai seorang bapa yang prihatin beliau cuba sedaya upaya menghiburkan hati anaknya... baiknya bapa ini. Beliau membawa belon pelbagai warna untuk bayi yang masih kecil itu, tetapi amat mengejutkan apabila bayi2 lain turut merasa teruja dengan belon2 yang di bawa oleh Mamat.
Dari saat itu Mamat terfikir untuk menjadikan "badut" sebagai sumber rezeki beliau. Beliau pergi ke hospital2 untuk menghiburkan pesakit...Tahniah Mamat the clown, susah nak mencari manusia yang cuba menghiburkan orang lain, kebanyakan manusia lain bekerja untuk kepentingan diri mereka sendiri. Betul tak wahai pembaca?
Tapi yang saya nak tekankan adalah tangisan sang isteri apabila ada orang yang cakap suaminya macam orang gila sebab menjadi badut. Sampai hati manusia yang diberikan Allah pinjaman mulut ini memberikan tekanan pada seorang yang bekerja keras mencari rezeki untuk anak isteri.. dimana setiap rezeki yang halal itu akan diberikan pahala yang besar oleh Allah.. Mungkin kita seorang CEO, pensyarah, arkitek, engineer, atau  guru yang Allah berikan sumber rezeki dengan cara yang lebih mudah untuk kita menjana pendapatan, maka bersyukurlah nikmat itu. Jangan dikutuk rezeki yang Allah kurniakan pada Mamat The Clown.. Semoga Mamat The Clown akan lebih maju dalam bidang yang telah beliau pilih.. Amin.

Monday, July 11, 2011

BISMILLAH.. AMALKAN KETIKA MENUTUP PINTU RUMAH

Mari kita menggunakan bacaan "Bismillah....." ketika menutup pintu rumah kita, ketika mengunci pintu rumah kita.. banyak keistimewaan bacaan ini sebenar2nya..

Sesungguhnya jin dan syaitan amat takut mendengar kita menyebut bacaan ini dalam kehidupan seharian kerana mereka tidak dapat mengganggu kita yang sentiasa mengingati Allah dalam apa jua yang kita lakukan.

Keistimewaan anda membaca "Bismillah......." ketika anda memasuki rumah, syaitan dan jin tidak dapat memasuki rumah anda. Anda akan menjadi lebih tenang , anak2 anda juga tenang, rumah anda harmoni kerana tiada gangguan dari perosak akhlak kita ini.  Kita sering mendengar bisikan syaitan tanpa kita sedari..amalkanlah bacaan ini untuk kebahagian anda dan keluarga..Susah sangat kah?

PETUA ELAK SUSAH BANGUN PAGI

Asyik lewat pergi keje gara-gara terbabas bangun pagi..
Jam loceng dah berbunyi berkali2 penat dah jam tue..
Anda bangun dengan slumber tutup aje jam tue.. Buka mata pun tak lagi..aDoi....Tidor balik ..
Sepatutnya  bangun pukul 6 pagi anda terbabas sehingga 8 pagi..
Kelam kabut ! Kelam kabut !

Di sini saya hendak beri satu petua kepada anda..
Terbangun aje dengar bunyi loceng terus anda baca "ALLAH HU AKBAR" sebanyak 3 kali..
Sesungguhnya anda dapat membina kekuatan diri dengan bacaan itu!
Selain dari itu Syaitan juga takut mendengar nama Allah! cabut lari mendengar anda mambacanya..susah pasti anda bangun tanpa bisikan syaitan yang menyuruh anda tidur semula...

BUDAYA KERJA ORANG KITA SEKARANG..

Saya masih mengingati kata-kata yang dilahirkan oleh Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Puan Nadzrah dan saya berpegang dengan kata-kata beliau.." Walaupun saya lewat setakat 5 minit masuk untuk mengajar murid-murid di dalam kelas, saya memohon maaf pada mereka kerana 5 minit itu adalah waktu sepatutnya saya mengajar mereka". walaupun ketika itu ada urusan2 sekolah yang sedang diuruskan.. bukan sengaja tidak masuk kelas. Kata-kata ini dinyatakan semasa saya masih bertugas di sekolah tersebut.
Jika beginilah pandangan orang kita, maka majulah bangsa kita...

Adakah anda pernah menolong sahabat anda yang selalu datang lewat dengan "SIGN IN" kan untuk sahabat anda.. mulianya anda kerana sudi menolong sahabat anda hampir setiap hari.. Bravo! Bravo! Adakah anda pernah terfikir betulkah anda mendapat pahala hasil pertolongan anda? Anda yakin? Sepatutnya bukan begitu diri anda membuat pahala.. Yang anda perlukan adalah menasihati sahabat anda supaya hadir pada waktunya, itu yang dituntut, bukan anda bersubahat dengan kelakuan yang bukan berlandaskan Islam ini. Makin teruk lah budaya kerja orang kita jika penyokongnya begini.. anda dapat pahala atau dosa menolong cara begini? fikir2lah....

Kadangkala kita tidak mengambil endah soal masa, kononnya lewat 10 minit itu tidak mengapa, tidak ada kesan sampingan pun waktu kita bekerja, sedarkah kita telah berhutang dengan kelakuan kita sebegitu? lagi senang hati jika ada yang telah "sign in"kan nama anda... bestnye la hai... Bagaimana pula dengan yang lewat sehingga sejam? Tapi masih menerima wang gaji dengan senang hati pada setiap hujung bulan? Tidak malukah kita dengan Allah? Dengan wang gaji itu kita membelikan makanan buat anak-anak kita pula...

Uiks.. habis waktu rehat 2.00 petang, kita masih di "shopping complex".. baru nak keluar ke kereta, adohai.. sedap betul shopping.. betulkah tingkah anda ini? jika sampai ke pejabat 2.30 petang.. anda sudah berhutang 30 minit, selayaknya gaji 30 minit itu dipotong dari sejumlah gaji bulanan anda.. Bila bos cakap begini.. mesti berbulu telinga.. haha.. biasalah adat orang kita ..rasakan diri aje yang betul..

Fikir-fikirlah..

Sunday, July 10, 2011

KERAP HAMIL..

Saya terbawa untuk memperkatakan isu ini kerana orang yang beranak kerap ini sering mengalamai masalah dikutuk oleh orang tertentu... Wow! rezeki Allah pun anda kutuk! Besarnya anda! Berani betul...

Saya ada juga sahabat2 yang telah mengadu pada saya.. takut termengandung apabila anak-anak mereka masih kecil berumur sekitar beberapa bulan. Mereka takut dengan cakap2 belakang sanak saudara bahkan ibu bapa/ mentua mereka sendiri.

Ada juga kes di mana sahabat saya cuba untuk menggugurkan kandungan apabila dia mengetahui anak ke empat kerana anak ketiganya masih kecil lagi kerana bimbangkan hal yang sama. Bisa betul cakap2 orang di keliling kita sampai kita sanggup menakut2kan orang lain dengan rezeki yang Allah sudah kurniakan.

Selalunya ibu-ibu yang kerap hamil ini kita risau le kekononnya
1. "Dah lah tak keje.. mampukah suami nak menanggung nanti?"Sesungguhnya rezeki untuk anak itu sudah ditetapkan, mengapa kita perlu risau? kalau anda risau..apa kata anda menolong dengan memberikan sedikit wang ringgit anda yang lebih kepada ibu tersebut.. bukan dengan menolong "RISAU" aje yang menyakitkan hati si ibu...
2. " Kesian aku tengok dia, anak kecik2 lagi.. tu lah tak tau merancang.. penat anak ramai ni.. ni pun aku rasa dia mengandung lagi" saya pernah gak masa sekolah menengah dulu seorang ustazah nie memang boleh dikatakan tiap2 tahun beranak.. tapi steady aje.. yang itu bukan jawapannya.. Jawapannya pernahkan anda terfikir berapa kali ganda pahala si ibu ini dapat dalam menjaga anak2nya? jika anda satu anak dia ada 4 orang anak...berapa kali pahala si ibu ini dapat berbanding anda? Tak payah saya memberikan jawapanlah nampaknya sebab anda tahu fikir sendiri... Jika mandikan anak, suapkan anak sudah dapat pahalanya... perlukah kita menyangkal lagi rezeki Allah ini?  Jika anda KESIAN.. apa kata anda menolong si ibu ini menjaga anak2nya.. itu lebih BAIK di sisi Allah dari anda hanya tau kesian di mulut sahaja..
3. " Bahaya mengandung kerap nie.. tak takut ke dia?" Tak di nafikan memang ada komplikasinya jika bersalin kerap..tapi dari segi perubatanlah! Komplikasi terjadi pada ibu yang tak dapat melahirkan anak dengan cara normal.. atau dipanggil "CEASERIAN".. tapi untuk yang lahirkan anak secara normal OK aje...takde la kot sekerap anak kecik 2 bulan dah mengandung semula? sebab jika kita memberikan susu badan pada bayi, akan keluarnya hormon yang menghalang kita dari mengandung cepat.. at least setahun baru mengandung semula Ok le tue.. idak pun 2 tahun lagi le Ok..

Banyak lagi yang di alami oleh sahabat di luar sana.. pernah suatu ketika sahabat menyatakan dia risau kerana dia X merancang, period pulak tak datang.. dia X pernah risau bagaimana untuk menjaga bayi itu nanti tetapi dia risau orang bercakap mengenainya.. Aduhai sahabat, jika kamu risau dengan mulut orang
, bukankah orang yang mengumpat itu nanti akan memberikan pahala pada anda! Senang2 aje dapat pahala... Yang keduanya, Wahai sahabat sesungguhnya jika si "PERISAU" risau anda mengandung lagi berfikirlah secara rasional.. sesungguhnya anda bukan minta anak anda untuk dijaga olehnya, anda tidak meminta wang ringgit darinya untuk membesarkan anak anda...mengapa perlu takut dengan orang yang begini.. anda tidak langsung mengganggu rutin hidupnya dengan kelahiran anak anda! dia yang risau over pulak..... buat yang "PERISAU" pulak.. Ingat jangan kutuk rezeki dari Allah.. sepatutnya anda memberikan sokongan kepada ibu yang hamil..sesungguhnya setiap anak itu sudah ditentukan rezekinya, mengapa anda perlu risau tak menentu dengan kuasa Allah?

Jika dah mengandung terimalah "DIA" seadanya.. susah payah anda mengandung besar pahalanya di sisi Allah.. rugi jika anda rasa "DIA" bakal menyusahkan hidup anda. Ingat ini sahabatku..
1. Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya,maka beristghfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa..Subhanallah.. tidak kah anda suka mendengar ini?
2. Apabila dia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad Fiisabilillah... Allahhu Akbar!
3. Apabila dia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah dia bersih tanpa sebarang dosa sebagaimana bayi yang baru lahir.. Alhamdulillah..

LALAINYA KITA DI DUNIA INI...

Assalamualaikum buat para pembaca blog..

Dalam zaman yang makin canggih dan makin maju ini, ramai antara kita yang berstatuskan AGAMA : ISLAM meninggalkan ajaran Islam yang sepatutnya menjadi amalan kita sebagai hamba Allah. Tidak dinafikan kita kurang berfikir dalam menjalankan kehidupan kita sebagai HAMBA ALLAH. Kita sering berada dalam perkara2 yang melalaikan seperti
1.  menonton televisyen sampai menunaikan solat maghrib bila televisyen menunjukkan berita perdana bakal ditayangkan.. adakah anda begitu?
2. Menunggu waktu iklan untuk mengambil wuduk dan bersolat..adakah anda begitu?
3. Menunaikan solat Isyak selepas terbangun dari tidur..
4. Kita memakai tudung serba lengkap ke tempat kerja..tetapi "slumber" aje bila berhadapan dengan jiran tetangga yang bukan mahram kita dengan kepelbagaian jenis seluar dan fesyen rambut.. seakan2 mereka ini halal memandang kita. Halalkah? Fikir-fikirkan.. atau anda terfikir seolah2 sedikit sahaja dosa sebab yang memandang hanyalah setakat 2-4 orang bukan mahram? Ops.. adakah itu jawapan anda apabila mengadap Ilahi nanti? Terrornye anda..besarnye anda di sisi Allah yang Maha Esa! betul? fikir2lah..
5. Kita selalu bercakap, tunggu masa yang sesuai untuk kita menutup aurat.. Wow..anda seakan2 tahu tarikh kematian anda.. sempat bertaubat ghupenye...betul ke sempat?
6. Ipar duai dan biras kita halalkah untuk melihat aurat kita? Kita slumber aje membuka apa yang tak sepatutnye dilihat oleh ipar duai dan biras kita apabila berada di rumah ibu bapa/mentua kita... siap berseluar pendek lagi, berbaju senteng lagi....terliur abang ipar kita... kita rasa macam OK aje... boleh ke begitu? Cube selidik kembali status siapa mahram dan bukan mahram kita....
7. Kita sibuk dengan facebook? Apa yang anda buat sehari 4-5 jam berfacebook? jangan memandang mudah facebook ini sehingga anda tidak sedar anda sedang mengumpat/mengeji seseorang... nampak sempoi tetapi jika anda menekan "i like" pada ruangan yang mengutuk manusia lain.. seolah2 anda menyokong pengumpat tersebut... saya cadangkan ..buat lah sedikit pahala dengan menggunakan facebook dengan mengajak muslimin dan muslimat kita untuk melakukan kebaikan.. postkan benda2 berfaedah yang boleh dijadikan penunjuk arah pada kita sebagai hamba Allah.. bukan dengan menokok tambah perbincangan yang melalaikan kita. Kita ni dosa dah bertimbun, kita balancekan dengan melebihkan amalan yang membawa keberkatan Allah.. yang mana dah "balance" kita lebih2kan.. yang mana dah lebih2..kita tambah2kan dan tinggalkan amalan yang merosakkan akidah.. supaya kita menjadi hamba Allah yang sebenar...
Akan bersambung nanti.. InsyaAllah...