Friday, September 23, 2011

SUKARKAH PERKAHWINAN ANDA?

Kadangkala dalam rumahtangga, pelbagai dugaan yang kita tempuh. Tidak disangkalkan sukar mendapatkan rentak dan irama selepas kita mendirikan rumahtangga. Suami terpaksa meninggalkan segala aktiviti masa mudanya melepak dan bersukan pada masa lapang, manakala si isteri terpaksa melupakan aktiviti bershopping sakan , bergaya dan menjaga tubuh badan.

Dalam satu kajian menunjukkan kita mengambil masa semaksimum 7 tahun untuk mengetahui samaada perkahwinan kita itu bakal kukuh atau akan roboh.. inilah tempoh percubaan sebab itulah di luar negara mereka tidak mendaftar perkahwinan tetapi telah  tinggal serumah bagi menentukan samaada ada kesesuaian atau tidak. Di dalam Islam, tiada ikatan luar nikah ini dibenarkan sama sekali, bukan bermaksud Islam itu tidak cantik bahkan ianya terlalu indah kerana ikatan perkahwinan sebenarnya menjanjikan suami dengan tanggungjawab yang besar dipikul untuk menjaga isteri dan anak-anak. Itulah antara intipati yang dilafazkan oleh suami ketika akad nikah tanpa disedari oleh mereka! sebab itu ramai suami lalai!!!

Semasa awal perkahwinan terdapat perbezaan antara kedua-dua belah pihak. Si suami dengan latar belakang yang senang dari A-Z dijaga rapi oleh ibu. manakala si isteri berlatar belakangkan dengan kehidupan berdikari.. contohnya. Maka hal ini jika tidak di ambil peduli terjadinya suami yang selalu ingin isteri mendampingi makan minum dan pakainya manakala si isteri terasa seolah suami boleh membuat kerja mudah itu sendiri. Maka untuk kedua-dua pihak, kajilah latar belakang pasangan anda, cuba lihat apa yang diperlukan oleh pasangan anda. Jangan hanya membuat tanggapan sendiri kerana tidak rugi mengkaji cuma jangan mengkaji kerana mencari KELEMAHAN latar belakang keluarga masing-masing yang tentunya akan menjadi PADAH!

Kadangkala jiwa si isteri meronta-ronta suami berubah dan dengan mudah menghantar sms kepada suami memberitahu salah suami dengan niat yang baik suapaya rumahtangga lebih harmoni. SALAH TINDAKAN ANDA! Sebenarnya sms itu peratusannya lebih tinggi akan menyebabkan PERGADUHAN wahai sahabatku. Berapa banyak kes penceraian disebabkan sms ini berlaku kerana bila kita menekan butang huruf di handphone sudah pasti segala yang terbuku di hati keluar dengan mudahnya , malah kelemahan sms adalah intonasi bacaan yang kita taip dan intonasi bacaan pada si penerima adalah berbeza. Kita hantar dengan kononnya bernada meminta simpati padahal si pembaca membaca dengan nada marah.

kadangkala kita seakan merasa lemah dengan apa yang berlaku di dalam rumahtangga kita. Kita bercinta bagai nak rak bak percakapan orang tua, tapi bila berkahwin keindahan seakan-akan makin hilang. Terasa beban yang mencurah2 makin terasa,suami pula meninggalkan beban kerja rumah kepada si isteri sahaja malahan jika rumah tidak teratur si isteri pula disalahkan. Benarkah tanggungjawab KERJA RUMAH itu hanya untuk isteri. TANGGAPAN INI SALAH sahabatku! Tangggungjawab kerja rumah ini bergantung kepada siapa yang keluar mencari nafkah dan siapa pula yang tinggal untuk menguruskan rumahtangga. Jika si suami bekerja manakala isteri surirumah , tanggungjawab isteri adalah menguruskan hal rumahtangga begitu juga sebaliknya. Jika kedua-duanya bekerja, maka tenggungjawabnya adalah sama-sama dipikul. Ini tidaknya bila kita melihat kebanyakan perkahwinan melayu sekarang si suami hidup bersenang lenang dan hanya meninggalkan semua tanggungjawab kepada si isteri selepas pulang dari kerja. Si isteri terpaksa memasak, membasuh baju, mandikan anak malahan nak salin lampinpun si suami masih menunggu si isteri. Kasihan lah pada si isteri, duit isteri bekerja guna jugak untuk menampung keperluan tu yang tak sedap tue.. Inilah salahnya konsep perkahwinan yang terdapat dalam keluarga / adat  kita yang masih kita terbawa-bawa sehingga sekarang. Dulu lainlah, sekarang lain maka berubahlah untuk saling bantu membantu, jadikan Rasullullah sebagai idola kita, ikutilah sunnah Rasullah. Baginda selalu membantu isteri baginda membuat kerja rumah walaupun kita tahu baginda seorang pemimpin besar, sibuk dengan segala urusan negara dan urusan menegakkan ISLAM. Siapalah sangat kita ni, EGO kita melebihi keindahan mengikut tingkah laku Rasulullah.

Janganlah berputus asa, berdoalah untuk pasangan kita. Jangan terlalu mudah mengikut perasaan dengan menyatakan perasaan kita secara terus kepada pasangan kita. Tidak semudah itu manusia menerima kritikan!! Suami mempunyai egonya tersendiri begitu juga si isteri. Jika anda terasa lemah maka ingatlah ada YANG MAHA PENGASIH yang sentiasa menyintai hamba-hamba-Nya. Anda terasa dunia seakan-akan kosong maka ingatlah YANG MAHA PENYAYANG sentiasa menanti doa dari hamba-hamba-Nya. Doa kita bukan boleh berubah sekalip mata, maka berdoalah setiap hari. Jangan berputus asa dengan nikmat Allah. Ingatlah kadangkala hidup kita bahagia kita terlupa menyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, apabila susah barulah kita menadah tangan meminta-minta pada nikmat-Nya. Adilkah kita dengan berbuat begitu? Bila susah kita meminta-minta. Tetapi Allah itu seindah ASMA-Nya. Kembalilah kita kepada fitrah mencintai Allah, menadah tangan sehingga akhir hayat kita kerana setiap dugaan itu adalah hidayah Allah kerana jika kita sentiasa bahagia kita lupakan Allah. Fikirlah dan ingatlah Allah sentiasa, semoga Allah juga mengingati kita.. Jangan terlewat sahabatku. Bukan mudah menjalani kehidupan rumahtangga, syukurilah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita setiap hari sesungguhnya nikmat bersyukur itu terlalu indah.

No comments:

Post a Comment