Penyakit kencing manis amat menyukarkan kehidupan jika sudah terkena. Kencing manis atau secara amnya dikenali sebagai diabetik adalah disebabkan oleh badan kita yang tidak dapat mengawal atur gula di dalam darah. Gula ini juga dikenali sebagai glukosa. Ianya bukan sahaja berasal dari gula minuman kita bahkan glukosa ini juga terdapat di dalam makanan kita yang lain. Sebenarnya glukosa ini amat diperlukan sebagai pemberi tenaga kepada badan kita untuk melakukan aktiviti. Glukosa ini akan diserap ke dalam darah ketika proses pencernaan. Ia kemudiannya akan diserap semula oleh sel-sel tisu kita diseluruh badan kita untuk menghasilkan tenaga dimana bantuan sejenis hormon di panggil insulin (dikeluarkan oleh organ-pankreas) proses ini. Tetapi untuk pesakit diabetik terdapatnya gangguan pada penghasilan (tidak mencukupi)atau penggunaan hormon ini menyebabkan gula hanya berada di dalam salur darah tanpa di gunakan. Pengumpulan gula inilah menyebabkan pesakit kencing manis ini apabila mendapat luka amat sukar di sembuhkan, bahkan makin merebak! bahkan kekurangan glukosa pada sel-sel badan menyebabkan sel lemah dan mudah rosak. Glukosa yang tinggi di dalam darah pula menyebabkan gangguan pada organ badan yang tertentu.
Terdapat 2 jenis penyakit kencing manis
1. Jenis Pertama ( Diabetic Mellitus Type 1)
Ini adalah disebabkan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup! Untuk jenis yang pertama ini selalunya adalah disebabkan keturunan! tetapi dalam sesetengah kes seperti pembedahan pembuangan pancreas, kerosakan disebabkan alkohol dan penyakit pencreas. Pada tahap tertentu pesakit jenis yang pertama memerlukan bantuan insulin yang diambil dari luar.
2. Jenis Ke Dua ( Dibetic Mellitus Type 2 )
Badan menghasilkan insulin dengan baik tetapi badan tidak dapat menggunakannya. Selalunya berlaku pada umur yang agak tua melebihi 40 tahun tetapi pada zaman yang serba canggih ini penyakit kencing manis jenis ini telah mula menyerang golongan muda.
3. kencing Manis Ketika Mengandung sahaja.
Ini terjadi kerana badan orang hamil mempunyai pelbagai jenis hormon yang mengganggu samaada pembentukan insulin ataupun pelbagai jenis hormon ini menyebabkan badan tidak dapat menggunakan insulin dengan baik. Glukosa tidak dapat digunakan oleh ibu hamil , maka si anak akan menggunakannya. Tidak hairanlah ibu mengandung yang mempunyi kencing manis berkemungkinan besar mempunyai saiz anak yang lebih besar! Ibu yang mempunyai kencing manis akan berkemungkinan besar mendapat kencing manis pada masa akan datang.
Masalah lain yang turut ada jika mendapat diabetik
1.Kerosakan pada mata anda dan boleh menyebabkan buta
2. Kerosakan buah pinggang menanggung beban gula yang tinggi
3. Kerosakan pada sistem saraf menyebabkan luka pada kaki dan ulcer.
4. Kerosakan sistem saraf utama boleh menyebabkan lumpuh
5. Menyebabkan pengumpulan plak lemak pada salur darah
6.Menyebabkan kolestrol naik
7. Gula rendah disebabkan ubat
8.jangkitan kuman yang sukar di sembuhkan..
No comments:
Post a Comment