Hidup kita tidak lari dari persekitaran yang menyeronokkan, memiliki sahabat dengan pelbagai ragam yang sudah pasti membawa pelbagai reaksi sebagai tindak balas. Tetapi ingatkan kita pada tindakbalas kita apabila kita tidak berpuas hati dengan tindakan orang pada kita? Kita menyatakan ketidakpuasan kita dan sahabat lainnya menyokong, jadi kita tidak salah dimata mereka tetapi kita salah di sisi Allah! Ingatlah kelemahan orang lain itu sebenarnya ujian buat kita. Ujian melihat kesabaran kita dan Ujian kepada larangan Allah dalam mengumpat dan mengeji.. Tidakkah akal diberikan untuk kita berfikir?
Marilah kita memeriksa diri sendiri sebelum sibuk dengan hal orang lain. Tidak salah menegur sahabat kita secara terang-terangan, malahan itu yang disarankan oleh Islam, malah pahala menanti kita jika betul caranya. Yang menjadi persoalannya mengapa mesti menyatakan kelemahan orang lain kepada orang lain juga? Tidakkah ia menampakkan kelemahan kita dalam beragama? Bukankah perintah Allah supaya menjauhkan diri dari mengumpat dan mengeji?
Mari periksa diri kita sendiri.. adakah kita sudah menutup aurat kita sebagaimana yang diwajibkan? Jika belum maka anda juga ada kekurangan diri..
Mari periksa lagi... Adakah kita ini sentiasa menepati masa masuk tolong kawan punchkan sahaja? Jika ya, anda juga telah makan gaji buta..buruk juga kelakuan anda rupanya..jadi jangan asyik mencari kelemahan orang entah-entah anda juga di umpat juga?
Mari periksa diri kita sendiri.. Adakah kita sudah membaca tafsir Al-Quran? Jika belum maka bacalah kerana di dalamnya terdapat amaran Allah yang ditujukan untuk si pengumpat dan dipengeji..tidak takutkah kita?
Mungkin ada banduan yang ditahan di penjara, besar kesalan meraka di dunia, tetapi pintu taubat telah mereka miliki dan hukuman yang mereka jalani telah menyeksa mereka, tidak perlu memandang buruk pada mereka ini mungkin Allah dah ampunkan mereka tetapi belum mengampunkan kita yang masih mengata dan mengeji ini..
Sudah cukup besarkah pahala kita di sisi Allah kerana di akhirat kelak kita terpaksa memberikan pada orang yang diumpat. Benarkah segala amalan baik kita selama ini 100% sudah diterima oleh Yang Maha Esa? Entah ada atau tidak pahala yang kita rasa sudah banyak kita miliki selama ini. Maka jangan jadi orang yang rugi di akhirat kelak kerana di sanalah kehidupan kita yang sebenar-benarnya. Ibarat mencelup jari ke dalam lautan luas, air yang melekat itulah dunia yang selebihnya adalah akhirat.
No comments:
Post a Comment