Tekanan perasaan amat di takuti pada zaman yang begitu canggih ini. Ibu bapa berusaha untuk mencari jalan yang terbaik untuk hidup senang atau untuk menyara kehidupan yang makin memerlukan wang tanpa menyedari usaha inilah yang menyebabkan tekanan dalam kehidupan seharian. kadangkala di jalan raya sendiri kita dapat melihat pemanduan dalam keadaan yang tertekan di mana kereta di bawa tanpa memikirkan bahaya yang bakal menimpa. Perkara-perkara kecil di rumah seperti anak degil, rumah berselerak, suami/isteri yang suka membuat teguran menyebabkan tekanan pada perasaan kita. Tekanan ini sebenarnya pembawa malapetaka kepada kesihatan kita. Walaupun penyakit tidak datang pada waktu itu tetapi tahukah anda tekanan yang berulang2 pada diri kita akan menyebabkan penyakit yang tidak kita duga.
Apabila kita tertekan, badan akan mula mengeluarkan hormon tertentu terutamanya adrenalin di mana menyebabkan tenaga yang kita simpan dibawa ke sistem otot, meningkatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan tekanan darah, meningkatkan kadar pernafasan dan yang paling teruk sekali ia akan menurunkan kadar metabolisma badan kita untuk proses pencernaan menyebabkan kegemukan. Tekanan turut menyebabkan kadar pertumbuhan dan sistem imun kita menurun dan mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema maka tidak hairan lah jika anda mudah mendapat penyakit ini. Tekanan juga boleh menyebabkan turunnya kadar kesuburan anda! Jika anda tertekan selalu walaupun dalam perkara-perkara kecil maka cubalah mencari ketenangan dengan berehat. Jika anda selalu tertekan dengan keadaan rumah anda, cuba cari jalan keluar dengan mencari pembantu sementara bagi menyelesaikan masalah anda.
Anda perlu ingat bahawa tekanan tidak hanya pada orang yang mempunyai kehidupan yang rendah/ sederhana. Tekanan juga terjadi pada orang yang mewah kerana ingin mencapai kehidupan yang lebih baik kerana manusia tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Kadangkala pendapatan isi rumah sudah mencapai RM20 k, tetapi si isteri masih lagi bekerja dan yang menyedihkan adalah anak-anak diabaikan. Anak-anak dibiarkan di bawah jagaan orang lain dan apabila pulang dengan keadaan penat bukan anak-anak ini disambut dengan gembira bahkan anak-anak menjadi tempat melepaskan kemarahan kerana penat pula melihat anak menyepahkan rumah. Inilah sebenarnya perkara kecil aje tetapi dengan sewenang-wenangnya anak dimarahi. Tidakkah kita takut bila kita pula tidak berdaya seperti anak kita nanti, kita pula di herdik oleh anak2 kita? Sudahlah 4 jam sahaja kita berjumpa dengan mereka, bertentang mata pun belum tentu lagi tetapi anak-anak ini menjadi mangsa kita yang mencari keseronokan mengumpul harta benda. Tidak dinafikan memang ada rumahtangga yang memerlukan ibu dan bapa bekerja kerana wang ringgit amat diperlukan untuk membiayai kehidupan, itu masih boleh dianggap keperluan.
Ada beberapa tip yang boleh diguna oleh kita untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita,
1. Menarik nafas dalam dalam kiraan empat , biarkan selama 2 kiraan dan menghembuskan semula dalam kiraan empat . Buat dalam kiraan yang perlahanlah! Ini akan mengurangkan tekanan dalam diri anda.
2.Buatlah latihan sedikit pada badan anda. Buat regangan badan untuk yang bekerja duduk sahaja di atas kerusi supaya badan anda menjadi tenang !
3.Cuba berjalan2 selepas anda menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Jika anda di rumah, bawalah anak anda keluar berjalan2 menikmati pemandangan walaupun hanya di sekitar perumahan anda.
4.Ambillah sebiji lemon /bola tennis untuk melatih tangan anda bila anda rasa penat. Pegang dan bolak balikkan lemon tersebut dalam tangan anda.
5. Tidurlah dengan cukup, untuk mengurangakan tekanan. Beritahu tubuh anda inilah masanya untuk berehat. Jangan tidur di merata2 seperti di ruang tamu tanpa mandi dahulu, ini menyebabkan badan tidak tahu apa yang sebenarnya dilakukan.
6. Menari juga mengurangkan tekanan!!
7. Tetapi yang paling berkesan adalah bacalah Al-Quran dengan terjemahan, rasalah kasih sayang Allah pada anda! Ingatlah dunia ni bukan tempat terakhir untuk kita. Jika kita abaikan kasih sayang pada anak-anak sedarlah anak-anak inilah bekalan untuk akhirat yang pasti tiba dan juga alam kubur yang menjadi landasan hidup kita di kemudian hari. Jangan menjadi ibu bapa yang RUGI......
No comments:
Post a Comment