Mari kita renung sejenak, mari kita hitung bersama-sama, masa yang kita peruntukkan untuk anak kurniaan Ilahi.
Kita rasakan seolah2 masa berlari begitu pantas, membenamkan kita ke dalam ruang yang begitu sempit, ahli keluarga sukar bertentang mata, rumah bagai hotel buat kita.
Rumah tersergam indah, sofa buatan Itali, kabinet import dari United Kingdom, Kereta BMW 5 series, tapi malangnya sofa buatan Itali yang empuk di rasai oleh pembantu rumah, kabinet import hanya untuk dijamah mata tetamu. Kita pula sibuk mencari rezeki, seakan apa yang ada itu masih belum mencukupi buat kita.
Kita mencari rezeki sehingga lupa pada tiang agama, kita mencari rezeki sehingga lupa anak2 yang memerlukan perhatian kita. Kita merasakan sudah cukup dengan menghantar anak-anak ke sekolah agama, cukup lah dengan makan minum yang dimasak oleh pembantu rumah, cukup segala wang saku buat bekalan di kantin, cukuplah dengan semua barang2 yang disediakan di rumah, bilik anak yang tersergam indah, Sony PSP peneman anak kita di kala kita tiada. Cukup kah? Benarkah?
Apabila berlaku sesuatu di sekolah, kita menyalahkan pihak sekolah kerana tidak mengajar anak kita dengan baik. Kita menjadi marah bila guru mendenda..kaji semula. Adakah sifat anak kita itu adalah sifat sebenarnya atau lakonan semata2 untuk kepuasan hati sang ibu dan sang bapa, berlakon setakat sejam dua bertentang mata dengan ibu bapa bukan lah perkara yang susah! itu pun kalau sempat berjumpa... berlakon dengan guru selama 6 jam lebih sukar.
Jangan kita terlewat mendidik, masa kita mendidik anak dengan baik dan tegas adalah semasa mereka berumur 7 hingga 14 tahun. Jika masa ini kita abaikan, bila dah burumur 14 tahun baru kita sedar anak kita menyimpang jauh dari landasan yang sepatutnya, kita sudah terlewat! Kita lupa nak lihat benarkan anak kita sudah boleh bersolat kerana menunggu masa balighnya, kita pasti menyesal.
Nampak kuno bila kita mendesak anak kita untuk mendalami agama pada umur yang masih muda, tidakkah kita tahu mereka di luar negara yang lebih maju teknologinya lebih canggih menggunakan kaedah mendidik pada usia yang muda, bermakna kitalah kuno sebab tak tau...
Itulah sebabnya kita dapat lihat di luar sana, ibu yang bertudung tapi anak daranya masih memakai seluar pendek ke kedai mamak, dengan paha yang menggiurkan tapi si ibu seakan2 bangga dengan kelebihan anaknya. Tidak kah kita kasihan pada si anak, oleh sebab kelalaian kita, si anak menanggung dosa?
Kita dapat juga melihat di luar sana, si ibu yang masih mempunyai susuk tubuh menggiurkan dilapisi benang sesendat mungkin seakan2 gembira dipandang lelaki lain, si ayah pula bangga kerana memiliki si ibu yang masih bergetah walaupun anak sudah 3! Bestnya dunia, di mana peranan sang ayah sebagai pendidik? pendidik kepada ibu yang masih dikuasi nafsu dunia, mendidik anak yang memerlukan perhatian.
Marilah kita sama2 membuat perubahan pada diri kita demi anak- anak kurniaan Ilahi...Kita berubah kerana cintakan Ilahi, umur makin meningkat, masa semakin mencemburui, ajal bila2 sahaja pasti tiba pada waktu yang dijanjikan waktu yang kita sendiri tidak tahu bila.. esok kah? malam ini kah? satu minit lagikah?...
Adakah pada masa kita bertemu Ilahi kita dapat menjawab pertanyaan di mana tanggungjawab kita mendidik anak-anak , jika anak2 dibiar sepi si ibu di biarkan nafsu dunia terus menguasi diri? Bolehkah kita manjawab tak cukup masa sebab sibuk mencari rezeki? benarkah mencari rezeki atau rezeki kita rasakan tak pernah cukup2 , kita rasakan tak pernah puas apa yang telah dikurniakan oleh Ilahi..
Ingat ayat ini..... sebagai amaran buat kita yang lalai mengejar dunia
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr
No comments:
Post a Comment