Friday, August 12, 2011

MAKIN HARI MAKIN KAYA

Mari kita renung sejenak hidup kita, adakah kita ini semakin hari semakin kaya dengan harta dunia, Allah menyintai kita sebab itu kita dianugerahkan begitu banyak harta dunia. Mari kita fikir lagi, adakah amalan kita mencukupi , sentiasa mengingati Allah , menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya? Yang menyebabkan harta kita bertambah dari hari ke sehari? Atau adakah kita ini meninggalkan perintah Allah , bergembira dengan larangan Allah ketika didunia bahkan seronok mendedahkan aurat secara terbuka, meneguk arak, tidak bersolat tapi kita rasakan bahawa nikmat Allah itu makin  banyak buat kita walaupun kita tidak mengendahkan larangan Allah?
Maka hati-hatilah dengan nikmat sebegini. MAKIN HARI MAKIN KAYA walaupun maksiat sentiasa berada di dalam diri kita...itulah ISTIDRAJ!!!!!!!! Moga Allah menjauhkan kita nikmat yang sebegini, biarlah kita hidup sederhana asalkan jangan dikurniakan ISTIDRAJ pada kita..
MAKIN HARI MAKIN KAYA walupun tidak solat
MAKIN HARI MAKIN KAYA biarpun sentiasa mendedahkan aurat
MAKIN HARI MAKIN KAYA walaupun ke kelab malam dan minum arak
MAKIN HARI MAKIN KAYA walaupun berzina
ISTIDRAJ merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah tetapi tidak diredhai-Nya. Allah memberi dan terus memberi agar kita dari hari ke sehari makin lupa akan larangan-larangan Allah, nanti senang terus humban ke neraka.. tak takutkah?
Dulu kita memandang rendah pada orang yang berkereta kancil, yang ke masjid menunaikan perintah Allah padahal kita naik BMW ke kelab2 malam malahan makin banyak harta yang berjaya kita kumpulkan. Allah sayang sangat le kat kita konon-kononnya. Jangan nati kita dok menjerit2 dalam neraka padahal pemilik kancil tersebut bersenang lenang ditemani bidadari syurga.. malu ugak ek kalau berada dalam keadaan macam tue.. adoi le .. bukan sahaja anda kena berfikir , saya juga turut perlu berfikir, sebab kita tak tau bila ajal akan menjemput.
Jangan nanti bila bertemu ajal kita masih dengan kekufuran kita, Semoga di jauhi Allah keadaan seperti ini. Oleh itu, hati-hati dengan istidraj ini, kerana kita takut bila ajal sampai nanti kita tidak sempat memohon ampun dari Allah. Kita telah menggunakan nikmat Allah tetapi masih angkuh dan sombong di dunia ini, masih tidak memikirkan akhirat dimana azabnya sangat dasyat!
Makin kaya kita semakin banyaklah yang kita perlu jawab nanti, kerana setiap harta kekayaan itu pasti akan dipersoalkan kelak kemana kita telah menggunakan semua harta tersebut sebabnya yang pasti semua tu milik Allah , kita hanyalah peminjam sahaja, tak payah kene interestpun.. Ala2 kita buat pinjaman siket dengan pijaman berpuluh ribu, yang buat pinjaman sikit tu senang aje diluluskan, pinjaman yang banyak tue banyak pulak cekadaknya, begitulah diibaratkan. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Semoga kita makin hari makin kaya dengan ibadah dan kehambaan pada Yang Maha Esa...bukan harta dunia yang melalaikan.

SESUNGGUHNYA DUNIA INI ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN,
SYURGA BAGI ORANG KAFIR.....

Fikir-fikirlah....

No comments:

Post a Comment