Saya terbawa untuk memperkatakan isu ini kerana orang yang beranak kerap ini sering mengalamai masalah dikutuk oleh orang tertentu... Wow! rezeki Allah pun anda kutuk! Besarnya anda! Berani betul...
Saya ada juga sahabat2 yang telah mengadu pada saya.. takut termengandung apabila anak-anak mereka masih kecil berumur sekitar beberapa bulan. Mereka takut dengan cakap2 belakang sanak saudara bahkan ibu bapa/ mentua mereka sendiri.
Ada juga kes di mana sahabat saya cuba untuk menggugurkan kandungan apabila dia mengetahui anak ke empat kerana anak ketiganya masih kecil lagi kerana bimbangkan hal yang sama. Bisa betul cakap2 orang di keliling kita sampai kita sanggup menakut2kan orang lain dengan rezeki yang Allah sudah kurniakan.
Selalunya ibu-ibu yang kerap hamil ini kita risau le kekononnya
1. "Dah lah tak keje.. mampukah suami nak menanggung nanti?"Sesungguhnya rezeki untuk anak itu sudah ditetapkan, mengapa kita perlu risau? kalau anda risau..apa kata anda menolong dengan memberikan sedikit wang ringgit anda yang lebih kepada ibu tersebut.. bukan dengan menolong "RISAU" aje yang menyakitkan hati si ibu...
2. " Kesian aku tengok dia, anak kecik2 lagi.. tu lah tak tau merancang.. penat anak ramai ni.. ni pun aku rasa dia mengandung lagi" saya pernah gak masa sekolah menengah dulu seorang ustazah nie memang boleh dikatakan tiap2 tahun beranak.. tapi steady aje.. yang itu bukan jawapannya.. Jawapannya pernahkan anda terfikir berapa kali ganda pahala si ibu ini dapat dalam menjaga anak2nya? jika anda satu anak dia ada 4 orang anak...berapa kali pahala si ibu ini dapat berbanding anda? Tak payah saya memberikan jawapanlah nampaknya sebab anda tahu fikir sendiri... Jika mandikan anak, suapkan anak sudah dapat pahalanya... perlukah kita menyangkal lagi rezeki Allah ini? Jika anda KESIAN.. apa kata anda menolong si ibu ini menjaga anak2nya.. itu lebih BAIK di sisi Allah dari anda hanya tau kesian di mulut sahaja..
3. " Bahaya mengandung kerap nie.. tak takut ke dia?" Tak di nafikan memang ada komplikasinya jika bersalin kerap..tapi dari segi perubatanlah! Komplikasi terjadi pada ibu yang tak dapat melahirkan anak dengan cara normal.. atau dipanggil "CEASERIAN".. tapi untuk yang lahirkan anak secara normal OK aje...takde la kot sekerap anak kecik 2 bulan dah mengandung semula? sebab jika kita memberikan susu badan pada bayi, akan keluarnya hormon yang menghalang kita dari mengandung cepat.. at least setahun baru mengandung semula Ok le tue.. idak pun 2 tahun lagi le Ok..
Banyak lagi yang di alami oleh sahabat di luar sana.. pernah suatu ketika sahabat menyatakan dia risau kerana dia X merancang, period pulak tak datang.. dia X pernah risau bagaimana untuk menjaga bayi itu nanti tetapi dia risau orang bercakap mengenainya.. Aduhai sahabat, jika kamu risau dengan mulut orang
, bukankah orang yang mengumpat itu nanti akan memberikan pahala pada anda! Senang2 aje dapat pahala... Yang keduanya, Wahai sahabat sesungguhnya jika si "PERISAU" risau anda mengandung lagi berfikirlah secara rasional.. sesungguhnya anda bukan minta anak anda untuk dijaga olehnya, anda tidak meminta wang ringgit darinya untuk membesarkan anak anda...mengapa perlu takut dengan orang yang begini.. anda tidak langsung mengganggu rutin hidupnya dengan kelahiran anak anda! dia yang risau over pulak..... buat yang "PERISAU" pulak.. Ingat jangan kutuk rezeki dari Allah.. sepatutnya anda memberikan sokongan kepada ibu yang hamil..sesungguhnya setiap anak itu sudah ditentukan rezekinya, mengapa anda perlu risau tak menentu dengan kuasa Allah?
Jika dah mengandung terimalah "DIA" seadanya.. susah payah anda mengandung besar pahalanya di sisi Allah.. rugi jika anda rasa "DIA" bakal menyusahkan hidup anda. Ingat ini sahabatku..
1. Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya,maka beristghfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa..Subhanallah.. tidak kah anda suka mendengar ini?
2. Apabila dia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad Fiisabilillah... Allahhu Akbar!
3. Apabila dia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah dia bersih tanpa sebarang dosa sebagaimana bayi yang baru lahir.. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment