Monday, July 11, 2011

BUDAYA KERJA ORANG KITA SEKARANG..

Saya masih mengingati kata-kata yang dilahirkan oleh Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Puan Nadzrah dan saya berpegang dengan kata-kata beliau.." Walaupun saya lewat setakat 5 minit masuk untuk mengajar murid-murid di dalam kelas, saya memohon maaf pada mereka kerana 5 minit itu adalah waktu sepatutnya saya mengajar mereka". walaupun ketika itu ada urusan2 sekolah yang sedang diuruskan.. bukan sengaja tidak masuk kelas. Kata-kata ini dinyatakan semasa saya masih bertugas di sekolah tersebut.
Jika beginilah pandangan orang kita, maka majulah bangsa kita...

Adakah anda pernah menolong sahabat anda yang selalu datang lewat dengan "SIGN IN" kan untuk sahabat anda.. mulianya anda kerana sudi menolong sahabat anda hampir setiap hari.. Bravo! Bravo! Adakah anda pernah terfikir betulkah anda mendapat pahala hasil pertolongan anda? Anda yakin? Sepatutnya bukan begitu diri anda membuat pahala.. Yang anda perlukan adalah menasihati sahabat anda supaya hadir pada waktunya, itu yang dituntut, bukan anda bersubahat dengan kelakuan yang bukan berlandaskan Islam ini. Makin teruk lah budaya kerja orang kita jika penyokongnya begini.. anda dapat pahala atau dosa menolong cara begini? fikir2lah....

Kadangkala kita tidak mengambil endah soal masa, kononnya lewat 10 minit itu tidak mengapa, tidak ada kesan sampingan pun waktu kita bekerja, sedarkah kita telah berhutang dengan kelakuan kita sebegitu? lagi senang hati jika ada yang telah "sign in"kan nama anda... bestnye la hai... Bagaimana pula dengan yang lewat sehingga sejam? Tapi masih menerima wang gaji dengan senang hati pada setiap hujung bulan? Tidak malukah kita dengan Allah? Dengan wang gaji itu kita membelikan makanan buat anak-anak kita pula...

Uiks.. habis waktu rehat 2.00 petang, kita masih di "shopping complex".. baru nak keluar ke kereta, adohai.. sedap betul shopping.. betulkah tingkah anda ini? jika sampai ke pejabat 2.30 petang.. anda sudah berhutang 30 minit, selayaknya gaji 30 minit itu dipotong dari sejumlah gaji bulanan anda.. Bila bos cakap begini.. mesti berbulu telinga.. haha.. biasalah adat orang kita ..rasakan diri aje yang betul..

Fikir-fikirlah..

No comments:

Post a Comment