Termangu dalam diam,
Dosa lalu bak lautan hamparan bumi yang seluas pandangan,
Mencari manusia yang dapat memberikan cinta
Namun jawapan terus hampa
Tertunduk di sebalik duka,
Seakan tiada penyelesaian segala masalah di dada
Memikirkan diri yang sedemikian adanya
Seakan diri di penghujung riwayat sudah tiba
Pernahkah terfikir apa yang cinta terbaik dalam hidup?
Pernahkah terfikir ada yang menyinta melebihi akal pemikiran kita?
Pernahkah terfikir ada cinta yang paling hangat membara?
Cinta dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Kita penuh alpa dalam maksiat, hidayah dihulurkan..
Kita penuh kerunsingan, cinta dihulurkan..
Kita penuh kesangsian, Kalamullah dihulurkan..
Cinta yang tak pernah padam-padam..hangat membara selagi bernyawa.
Indahnya menyinta kepada Yang Maha Pencipta..
Kerana cinta-Nya melebihi cinta seluas lautan manusia..
Ya Allah,
Sesungguhnya aku alpa dalam menjadi hambaMu,
Aku lupa pada batas waktu dengan kesibukan duniawi,
Aku tahu tiada cinta seindah cinta kepadaMu,
Aku hanyalah hamba, namun kasihMu tidak pernah putus buatku..
Ampunkan aku Ya Allah,
KasihMu melebihi sekalian umat manusia,
SayangMu melebihi semua cakerawala...
Akan aku berusaha mengembalikan cinta buatMu,
Sehingga akhir hayatku hanya dengan izinMu
InsyaAllah...
"Hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."
No comments:
Post a Comment