Assalamualaikum kawan2.. ari ni aku nak cerita siket macammana aku dapat tajuk nie.. tadi aku log masuk fb.. dorang dok cerita2 pasal ijazah tapi jadi suri rumah.. ramai ghupe nye yang ambik keputusan macam aku...
Benda yang aku paling bosan pasal berenti keje jadi suri rumah nie adalah mulut2 orang nie.. rasa2 orang cakap golongan mcam nie bodoh sebab belajar tinggi2 tapi dok umah aje pastu. .. macam aku le kena. Cemuhan tok sah cakap le.. sampai mak aku x berani cakap aku dah benti keje... pastu bila ada yang tau.. satu kampung riuh... takpe.. tu le orang panggil dugaan. Sebenarnya yang aku pasti , makin aku buat selambe dengan mulut orang ni hati aku makin jadi tenang dan makin kuat usaha aku untuk aku buktikan aku bukan suri rumah yang hanya tahu tengok sinetron, masak, basuh baju, basuh pinggan mangkuk, dan basuh berak anak...
Kata-kata yang aku pegang sehingga kini adalah kata2 sahabat aku " HAJAR NI BAGI LA APE KERJA PUN MESTI BOLEH BUAT".. kata2 ni lah walaupun simple ia menjadikan aku kuat dan lebih kuat dalam kehidupanku. Antara buktinya , aku penah keje di sebuah makmal perubatan di hospital swasta terkemuka, aku dapat menjadi pekerja cemerlang dalam masa 1 tahun aje.. lepas tu, aku pernah menjadi guru kontrak dengan pujian dari seorang penyelia petang masa tahun pertama aku keje " hajar pandai mengajar lagi elok dari sesetengah guru tetap", puji-pujian ini bukan untuk aku bangga2kan ..tapi untuk aku jadikan azimat bahawa aku mampu dan aku pasti mampu!!
No comments:
Post a Comment