Soalan yang selalu bermain2 di mulut orang tentang aku. Aku hanya memiliki seorang anak yang sudah berumur 5 tahun, anak ke dua aku meninggal di dalam perut sewaktu berusia 5 bulan.. bukankah bilangannya 2? Walaupun orang lain tidak mengingatinya , tapi dia tetap di hati aku sebab aku sering bercakap dengan dia sewaktu dia di dalam kandunganku. Kerana dialah juga aku cuba menjadi manusia yang lebih baik sekarang, manusia yang cuba mencari jalan damai dengan menjadikan Allah sebagai tempat aku mengadu. Terima kasih anakku.....
Aku menggunakan pil perancang memandangkan aku baru aje melahirkan bayi ke dua yang meninggal dalam perut dan beakhirnye di bilik pembedahan kerana uri lekat di dalam. Selepas itu, aku letak jawatan sebagai histotechnologist dan bekerja sebagai guru kontrak di mana kalo melahirkan bayi ketika waktu sedang bertugas di kira kontrak tamat...waktu tu pun aku dan suami nak masuk rumah baru, banyak persediaan dari segi kewangan yang perlu diuruskan. Sekarang aku kerja sendiri menguruskan biz online....
Kini soalan kembali lagie.. bila nak ada anak lagie, Sarah dah besar..memang mudah orang yang bertanya soalan yang memberikan kesan pada hati orang yang menerima soalan... Aku menyangkakan bahawa aku silap sebab aku gune pil perancang suatu waktu dahulu , mungkin Allah x redha dengan perbuatanku. Tapi kini aku dah mengerti bahawa Allah telah merancangkan sesuatu yang lebih indah buat diri aku. Allah mengembalikan perasaan cinta yang mendalam terhadap suami tersayang yang dulu nya pudar kerana kesibukan tugas luar dan tugas suri rumah, dan Allah menjadikan perasaan sayang aku buat Sarah bertambah subur dan indah , perasaan sayang yang mendalam seorang ibu yang tak pernah aku kecapi sebelum ini.. mana mungkin aku dapat meluangkan masa bersenda gurau dan mencium anak ku begitu banyak , berjalan berpegangan tangan, makan di kfc (makanan yang anak aku suke) bersama2 sambil bergelak ketawa melihat telatahnya .....mana mungkin terjadi seperti itu jika anak kedua muncul dan aku akan menjadi sibuk semula menguruskan anak kecil.
Aku menangis mengenangkan indahnya ketentuan Allah untuk ku. Aku merancang untuk mendapatkan anak kedua mengikut kata manusia, tapi ketentuan Allah ini benar2 membahagiakan aku kerana hidup di penuhi cinta pada suami dan anak ibarat seekor rama2 di taman bunga pada musim bunga berkembang indah.
TERIMA KASIH ALLAH ATAS CINTA-MU KEPADA HAMBA-MU YANG KERDIL INI...
MOGA CINTAKU BUAT-MU YA ALLAH ABADI SEHINGGA NAFAS KU YANG TERAKHIR..
-ALHAMDULILLAH-
No comments:
Post a Comment