Assalamualaikum..
Ari ni aku nak cerita sedikit tentang cabaran2 yang aku hadapai semasa membuat ONline biz nie... . Cabarannya tak banyak sangat dari segi kerugian memandangkan pembelian produk secara kecil-kecilan sahaja berbanding jika kita membuka kedai. Kalau buka kedai kita terpaksa penuhkan kedai kita dengan produk dengan quantity yang banyak. Takkan nak suruh pelanggan balik dan datang semula ambik produkkan?
Cabaran yang aku rasa sukar adalah untuk memperkenalkan produk jualan aku kepada para pelanggan melalui internet. Aku memerlukan masa yang agak lama untuk set up perkara2 yang perlu samaada di blog, facebook, iklankan di blog2 orang lain, mudah.my, carigold.com dan macam2 lagi yang boleh meningkatkan orang melihat barangan yang aku jual.
Cabaran kedua adalah untuk mencari produk yang sesuai untuk dijual. Dulu mungkin aku buat hiasan taman , pelanggan ramai tapi ada limitation dalam jualan memandangkan terpaksa membuat penghantaran sendiri ke rumah2 orang. Nak pos tak boleh memandangkan berat yang terlampau.Mau abang posmen sakit pinggang nanti. Selepas mengalami beberapa perkara yang menjadikan aku "down" dengan business concrete, (aku ceritakan kemudian) aku bangun semula dengan dekorasi teknik decoupage. Jualan memang tip top sampai tahap aku rasa macam keje kilang sebab pelanggan suruh aku repeat semula dekorasi aku beberapa kali sampai aku sedikit muak, kerana terpaksa menyamakan produk dalam setiap dekorasi. Disitu aku rasa macam idea aku terhenti kat situ sahaja. Bahkan yang membuatkan aku boring sangat sebab ada customer letak nama mereka pada barang dekorasi tetapi masa dah siap langsung senyap. Penat seyyyyy.... barang x leh jual lak tue sebab dah letak nama dia... sabor je le.. Sekarang aku dah setting cara baru.. aku buat dekorasi aku sendiri dan aku jual.. kalo produk dah habis tapi nak juga , nak letak nama ke apa, sila bayar dahulu. tapi 2 le kebanyakan customer bila sebut bayar dulu memang dorang x minat. Tapi di sebabkan aku ada produk lain selain dari menjual barang dekorasi, aku tak kisah sangat sebab kadang2 dekorasi ni buat aku terlalu bz sampai terpaksa kerja sehingga 12 malam. Amboi kalah orang keje makan gaji dah tue...
Cabaran ke tiga adalah tempat untuk dapatkan produk. Aku sendiri pun still alami masalah nie sehingga sekarang memandangkan supplier untuk barangan kraf bertaraf dunia ni sukar nak dapat kat Malaysia. Ianya tak sama dengan barang2 untuk kawen2 tue,.. sangat jauh bezanya. Bagi yang mahu memulakan perniagaan dalam bidang baju , kain dan tudung aku rasa tempat nye tak sukar sebab anda boleh dapatkan bekalan yang sangat murah di kawasan Tunku Abdul Rahman. Akan ada kontena dari Indonesia membawa bekalan barang2 ni dan akan dijual dengan harga pukal. Barang yang dibeli pada harga RM10, boleh dijual pada harga rm30.. murahkan?
Cabaran seterusnya, menghadapi pelanggan. Dulu mungkin telefon aku selalu sangat berdering semasa aku menggunakan mudah.my sebagai saluran menjual barangan. Tetapi sekarang aku buat jualan 95% menggunakan facebook. Tiada masalah dengan terpaksa membalas sms @ panggilan pada masa yang kadangkala tidak masuk akal .. tengah malam pun ada. Kadang2 yo yo sms nak beli barang dengan kita, duit sms habis rm5 -rm6, tapi hasilnye takde. Tapi sejak ada fb nie perjalanan jualan mudah kerana aku hanya perlu menjawab soalan daripada pelanggan menggunakan pm atau pada pertanyaan pelanggan pada gambar produk.
Cabaran berikutnya adalah untuk menjaga anak dan suami sambil menjalan kan perniagaan internet. Anak aku sorang aje, mungkin sebab tue dia memang asyik menempek aje dengan aku. So sukar juga untuk membuka internet, kerana rasa stress sangat jika aku di ganggu. Aku buat pembetulan juga terhadap biz yang aku lakukan sebab suami pun tak suka aku buat keje sampai malam, need attention. Aku pun x leh abaikan juga perhatian pada suami, betul tak? So aku kurangkan dekorasi dan aku jual produk yang dah asas dekorasi sahaja. Aku beli produk , bungkus dan jual.. Alhamdulillah semua Ok setakat nie dan aku bercadang nak meluaskan design2 produk lagi nanti. Dekorasi aku buat secara sambila dan suka2 sahaja. So tekanan takde sangat.
Banyak lagi cabaran lain , dan aku rasa yang lain tu masih berada di tahap dalam kawalan dan tak memberikan impak yang besar kepada perniagaan aku.
No comments:
Post a Comment