Thursday, September 29, 2011

ANAK KECIL ANDA JUGA "STRESS"

Sebenarnya tekanan pada kanak-kanak tidak dapat di lihat oleh mata kasar kita disebabkan tekanan pada kanak-kanak ini banyak ciri-cirinya bergantung pada jenis tekanan yang terjadi. Antara tanda-tanda anak anda tertekan adalah anak menjadi nakal, terlalu pendiam, selalu menangis, hilang selera makan. KIta kadangkala memikirkan anak pendiam ini baik , tetapi itu bukanlah keadaan yang sepatutnya. Zaman kanak-kanak adalah zaman riang ria, bukan hanya diam. Lihatlah ke dalam mata anak kita, tengoklah sinarannya. Jika anda ibu bapa yang prihatin, anak yang gembira adalah anak yang mempunyai sinar mata yang anda tidak dapat bayangkan keindahannya.
Mari kita kaji sebab-sebab terjadinya masalah tekanan pada kanak-kanak

1. Anak anda menjadi mangsa buli di nurseri oleh rakan-rakan atau oleh penjaga nya tetapi tidak tahu caranya untuk memberitahu anda. Periksalah badan anak anda semasa anda pulang. Jangan terus menerus membiarkannya. Ini akan menyebabkan anak anda membesar menjadi orang yang tidak gembira! Semasa menghantar anak anda ke nurseri lihatlah riak anak anda, jika dia gembira itulah tempat yang terbaik. Jika dia dalam keadaan yang nampak sedih/ takut/ tidak mahu dihantar ke sana mungkin anak anda bermasalah. Ingatlah anak anda membuat sebarang reaksi bukanlah dia mengada-ngada tetapi semuanya bersebab! Kadangkala dihadapan kita penjaganya sangat baik, tetapi di belakang kita anak kita di cubit-cubit dan dimarahi dengan sewenang-wenangnya.

2.Anda anda menyatakan bahawa dia tidak ada kawan? Ini adalah tanda-tanda bahawa
 dia tidak gembira. Cuba berikan sedikit perubahan dalam kehidupannya dan cuba bantu anak anda mendapatkan kawan.

3.Kekurangan kasih sayang juga penyebab anak anda tertekan. Kita yang dewasa pun jika tiada kasih sayang pasti merasa tertekan. Jadi setiap kali anda meninggalkan anak anda, katakan bahawa anda sayang padanya supaya dia rasa gembira, peluklah anak anda supaya dia merasa kasih sayang anda!

4. Jika anda suka marah-marah pada anak anda, ini juga menyebabkan anak menjadi tertekan. Anda boleh perhatikan jika anda selalu marah pada anak anda, makin menjadi-jadilah perangainya, Cuba untuk relax setiap kali anda rasa anak anda membuat kesalahan. Fikirlah umurnya bandingkan dengan anda, siapa yang akalnya lebih panjang?

5. Memberikan segala yang diminta juga akan menjadi anak anda tertekan. Memang pada asalnya dia akan gembira dengan barang-barang yang dimilikinya, tetapi sedarkah anda, anda sedang mengajarnya. Anak anda akan membesar dalam menjadi kecewa dalam diri jika tidak dapat membuat satu pekerjaan kelak! Pada zaman sekarang bila ibu bapa sudah bekerja mereka akan kasihan pada anak dan memberi apa yang dipinta. Hadkan barangan yang dipinta atau tetapikan disiplin bahawa jika anda membawa anak anda membeli barang, anak anda hanya boleh membeli satu barang sahaja!

6. Jagalah kata-kata anda apabila anda berdepan dengan anak anda. Jangan kritik anda anda terlalu banyak! Ayat-ayat terguran mestilah betul caranya jika anda dapati anak anda naka. JANGAN katakan kepadanya "KAMU NAKAL" kerana ayat ini membentuk sikap pada anak dan menanam dalam diri anak anda dia adalah nakal, jadi dia akan nakal sentiasa kerana sudah menganggap dirinya nakal! Seeloknya anda menyatakan " INI ADALAH TIDAK ELOK DILAKUKAN, TETAPI ANAK MAMA BAIK ORANGNYA". Nanti anda akan melihat anda anda diam , sebenarnya tengah berfikir bukannya dia tak faham.

7. Anda terlalu mengharap anak anda adalah yang terbaik. Jangan mengharap sebegitu kerana anak anda masih kecil lagi. Jangan menggesa anak anda untuk menjadi itu dan ini, berfikirlah supaya anda menjadi penggalak dengan kata-kata yang indah, bukan membebel jika anak anda tidak dapat melakukan perkara yang anda mahukan.

8. Terlalu tegas juga menyebabkan anak anda tiada ruang untuk diri mereka sendiri. Semua perkara perlu mengikut kata-kata anda. Jangan jadikan ini cara anda mendidik kerana suatu hari nanti dia akan menipu pula untuk memuaskan hati anda. Berilah ruang untuknya meneroka alamnya walaupun anda perlu menyapu 3 kali membersihkan barang-barang anak anda!

10. Anak anda malu dengan penampilan , ibu bapa dan juga tempat tinggal mereka. Mereka mempunyai perasaan untuk di sukai oleh rakan-rakan mereka. Jika mereka merasakan bahawa mereka malu dengan apa yang mereka ada berbanding dengan kawan-kawan, sebagai ibu bapa kita perlu mendidik anak-anak supaya bersikap memuji mereka supaya mereka mendapat keyakinan diri.

11. Terlalu banyak tanggungjawab yang diberikan oleh ibu bapa juga menyebabkan anak menjadi tertekan.  Jika kita sekadar memberikan tanggungjawab untuk membersihkan bilik tidur, itu tidak mengapa. Jangan memberikan kerja yang berat seperti menjaga adik yang masih kecil dalam jangkamasa yang panjang di mana kanak-kanak akan hilang kegembiraan dan merasakan ianya beban yang harus dipikul.

12. Masalah rumahtangga antara ibu dan bapa juga akan menyebabkan anak anda tertekan. Ibu bapa yang secara terbuka bergaduh di hadapan kanak-kanak menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka. Sebagai seorang yang memikirkan kepentingan anak-anak, baiklah ibu bapa berbincang secara baik atau ke tempat lain untuk mengelakkan kita menunjukkan sikap kita bergaduh di hadapan anak-anak. Cuba elakkan menunjukkan diri kita sebagai bermasalah seperti menangis, mengeluh  dihadapan kanak-kanak! Walaupun masih kecil anak-anak ini faham akan setiap tingkah laku ibu bapa mereka!

Cara menolong anak yang tertekan ini...
1. Berikan makanan yang sihat kepada anak-anak kerana badan yang sihat ini akan menjadi daya tahan terhadap tekanan.
2. Berikan anak anda senaman yang sihat yang boleh menggembirakan kanak-kanak. Jangan biarkan anak anda dengan video games, televisyen dan computer kerana itu bukanlah perkara yang aktif!
3. Konsisten dengan disiplin yang anda aturkan! Jangan berubah2 kerana kanak-kanak akan menjadi pening, sebab apa yang mereka set dalam otak samada ya atau tidak, hitam atau putih...
4. Berikan sentuhan keibuan atau kebapaan anda kerana sentuhan ini akan memberi makna yang sukar dingertikan. kasih sayang dan pelukan untuk anak anda akan menjadi penawar ketika anak anda sedih!
5. Anda perlu jadi pendengar yang baik pada anak anda. Jika mereka mempunyai masalah, jangan terus mengkritik, bantulah mereka dengan sedikit galakan dari anda. Siapa lagi yang mereka boleh nyatakan perasaan jika bukan anda?
6. Jika anda melakukan kesalahan jangan lupa minta maaf walaupun anak anda masih kecil! Jika anda ego, anda sebenarnya mengajar anak anda untuk jadi EGO juga suatu hari nanti kerana keadaan tidak mahu meminta maaf adalah orang yang tidak pernak rasa bersalah dalam diri dan perasan diri sentiasa betul!
7. Ucaplah terima kasih setiap kali anak anda membuat sesuatu yang dirasakan anda menyukainya. Contohnya anak anda memetik bunga kesayangan anda di taman dan memberikan kepada anda. Jangan terus menerus marah dengan perbuatannya, tetapi sepatutnya anda gembira! berapa le sangat harga bunga tu jika dibandingkan dengan anak anda!
8. Jika anak anda menyebabkan barangan di rumah anda rosak. Jangan anda marahinya, tetapi berfikirlah secara logik harga barangan tersebut berbanding harga anak anda, yang mana satu lebih beharga??

Marilah kita sama-sama mencontohi Rasullullah kerana baginda sentiasa menggembirakan anak - anak kecil. Jika anda ibu bapa yang terasa susah untuk menggembirakan anak anda, berfikirlah untuk menunaikan sunnah Rasulullah.........

 

Wednesday, September 28, 2011

TERTEKAN?????????????????

Tekanan perasaan amat di takuti pada zaman yang begitu canggih ini. Ibu bapa berusaha untuk mencari jalan yang terbaik untuk hidup senang atau untuk menyara kehidupan yang makin memerlukan wang tanpa menyedari usaha inilah yang menyebabkan tekanan dalam kehidupan seharian. kadangkala di jalan raya sendiri kita dapat melihat pemanduan dalam keadaan yang tertekan di mana kereta di bawa tanpa memikirkan bahaya yang bakal menimpa. Perkara-perkara kecil di rumah seperti anak degil, rumah berselerak, suami/isteri  yang suka membuat teguran menyebabkan tekanan pada perasaan kita. Tekanan ini sebenarnya pembawa malapetaka kepada kesihatan kita. Walaupun penyakit tidak datang pada waktu itu tetapi tahukah anda tekanan yang berulang2 pada diri kita akan menyebabkan penyakit yang tidak kita duga.

Apabila kita tertekan, badan akan mula mengeluarkan hormon tertentu terutamanya adrenalin di mana menyebabkan tenaga yang kita simpan dibawa ke sistem otot, meningkatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan tekanan darah, meningkatkan kadar pernafasan dan yang paling teruk sekali ia akan menurunkan kadar metabolisma badan kita untuk proses pencernaan menyebabkan kegemukan. Tekanan turut menyebabkan kadar pertumbuhan dan sistem imun kita menurun dan mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema maka tidak hairan lah jika anda mudah mendapat penyakit ini. Tekanan juga boleh menyebabkan turunnya kadar kesuburan anda! Jika anda tertekan selalu walaupun dalam perkara-perkara kecil maka cubalah mencari ketenangan dengan berehat. Jika anda selalu tertekan dengan keadaan rumah anda, cuba cari jalan keluar dengan mencari pembantu sementara bagi menyelesaikan masalah anda.

Anda perlu ingat bahawa tekanan tidak hanya pada orang yang mempunyai kehidupan yang rendah/ sederhana. Tekanan juga terjadi pada orang yang mewah kerana ingin mencapai kehidupan yang lebih baik kerana manusia tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Kadangkala pendapatan isi rumah sudah mencapai RM20 k, tetapi si isteri masih lagi bekerja dan yang menyedihkan adalah anak-anak diabaikan. Anak-anak dibiarkan di bawah jagaan orang lain dan apabila pulang dengan keadaan penat bukan anak-anak ini disambut dengan gembira bahkan anak-anak menjadi tempat melepaskan kemarahan kerana penat pula melihat anak menyepahkan rumah. Inilah sebenarnya perkara kecil aje tetapi dengan sewenang-wenangnya anak dimarahi. Tidakkah kita takut bila kita pula tidak berdaya seperti anak kita nanti, kita pula di herdik oleh anak2 kita? Sudahlah 4 jam sahaja kita berjumpa dengan mereka, bertentang mata pun belum tentu lagi tetapi anak-anak ini menjadi mangsa kita yang mencari keseronokan mengumpul harta benda. Tidak dinafikan memang ada rumahtangga yang memerlukan ibu dan bapa bekerja kerana wang ringgit amat diperlukan untuk membiayai kehidupan, itu masih boleh dianggap keperluan.

Ada beberapa tip yang boleh diguna oleh kita untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita,
1. Menarik nafas dalam  dalam kiraan empat  , biarkan selama 2 kiraan dan menghembuskan semula dalam kiraan empat . Buat dalam kiraan yang perlahanlah! Ini akan mengurangkan tekanan dalam diri anda.
2.Buatlah latihan sedikit pada badan anda. Buat regangan badan untuk yang bekerja duduk sahaja di atas kerusi supaya badan anda menjadi tenang !
3.Cuba berjalan2 selepas anda menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Jika anda di rumah, bawalah anak anda keluar berjalan2 menikmati pemandangan walaupun hanya di sekitar perumahan anda.
4.Ambillah sebiji lemon /bola tennis untuk melatih tangan anda bila anda rasa penat. Pegang dan bolak balikkan lemon tersebut dalam tangan anda.
5. Tidurlah dengan cukup, untuk mengurangakan tekanan. Beritahu tubuh anda inilah masanya untuk berehat. Jangan tidur di merata2 seperti di ruang tamu tanpa mandi dahulu, ini menyebabkan badan tidak tahu apa yang sebenarnya dilakukan.
6. Menari juga mengurangkan tekanan!!
7. Tetapi yang paling berkesan adalah bacalah Al-Quran dengan terjemahan, rasalah kasih sayang Allah pada anda! Ingatlah dunia ni bukan tempat terakhir untuk kita. Jika kita abaikan kasih sayang pada anak-anak sedarlah anak-anak inilah bekalan untuk akhirat yang pasti tiba dan juga alam kubur yang menjadi landasan hidup kita di kemudian hari. Jangan menjadi ibu bapa yang RUGI......

Tuesday, September 27, 2011

MENGENAL KENCING MANIS

Penyakit kencing manis amat menyukarkan kehidupan jika sudah terkena. Kencing manis atau secara amnya dikenali sebagai diabetik adalah disebabkan oleh badan kita yang tidak dapat mengawal atur gula di dalam darah. Gula ini juga dikenali sebagai glukosa. Ianya bukan sahaja berasal dari gula minuman kita bahkan glukosa ini juga terdapat di dalam makanan kita yang lain. Sebenarnya glukosa ini amat diperlukan sebagai pemberi tenaga kepada badan kita untuk melakukan aktiviti. Glukosa ini akan diserap ke dalam darah ketika proses pencernaan. Ia kemudiannya akan diserap semula oleh sel-sel tisu kita diseluruh badan kita untuk menghasilkan tenaga dimana bantuan sejenis hormon di panggil insulin (dikeluarkan oleh organ-pankreas) proses ini. Tetapi untuk pesakit diabetik terdapatnya gangguan pada  penghasilan (tidak mencukupi)atau penggunaan hormon ini menyebabkan gula hanya berada di dalam salur darah tanpa di gunakan. Pengumpulan gula inilah menyebabkan pesakit kencing manis ini apabila mendapat luka amat sukar di sembuhkan, bahkan makin merebak! bahkan kekurangan glukosa pada sel-sel badan menyebabkan sel lemah dan mudah rosak. Glukosa yang tinggi di dalam darah pula menyebabkan gangguan pada organ badan yang tertentu.

Terdapat 2 jenis penyakit kencing manis

1. Jenis Pertama ( Diabetic Mellitus Type 1)
Ini adalah disebabkan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup! Untuk jenis yang pertama ini selalunya adalah disebabkan keturunan! tetapi dalam sesetengah kes seperti pembedahan pembuangan pancreas, kerosakan disebabkan alkohol dan penyakit pencreas. Pada tahap tertentu pesakit jenis yang pertama memerlukan bantuan insulin yang diambil dari luar.

2. Jenis Ke Dua ( Dibetic Mellitus Type 2 )
Badan menghasilkan insulin dengan baik tetapi badan tidak dapat menggunakannya. Selalunya berlaku pada umur yang agak tua melebihi 40 tahun tetapi pada zaman yang serba canggih ini penyakit kencing manis  jenis ini telah mula menyerang golongan muda.

3. kencing Manis Ketika Mengandung sahaja.
Ini terjadi kerana badan orang hamil  mempunyai pelbagai jenis hormon yang mengganggu samaada pembentukan insulin ataupun pelbagai jenis hormon ini menyebabkan badan tidak dapat menggunakan insulin dengan baik. Glukosa tidak dapat digunakan oleh ibu hamil , maka si anak akan menggunakannya. Tidak hairanlah ibu mengandung yang mempunyi kencing manis berkemungkinan besar mempunyai saiz anak yang lebih besar! Ibu yang mempunyai kencing manis akan berkemungkinan besar mendapat kencing manis pada masa akan datang.

Masalah lain yang turut ada jika mendapat diabetik
1.Kerosakan pada mata anda dan boleh menyebabkan buta
2. Kerosakan buah pinggang menanggung beban gula yang tinggi
3. Kerosakan pada sistem saraf menyebabkan luka pada kaki dan ulcer.
4. Kerosakan sistem saraf utama boleh menyebabkan lumpuh
5. Menyebabkan pengumpulan plak lemak pada salur darah
6.Menyebabkan kolestrol naik
7. Gula rendah disebabkan ubat
8.jangkitan kuman yang sukar di sembuhkan..

Friday, September 23, 2011

BAIK SANGATKAH KITA?

Hidup kita tidak lari dari persekitaran yang menyeronokkan, memiliki sahabat dengan pelbagai ragam yang sudah pasti membawa pelbagai reaksi sebagai tindak balas. Tetapi ingatkan kita pada tindakbalas kita apabila kita tidak berpuas hati dengan tindakan orang pada kita? Kita menyatakan ketidakpuasan kita dan sahabat lainnya menyokong, jadi kita tidak salah dimata mereka tetapi kita salah di sisi Allah! Ingatlah kelemahan orang lain itu sebenarnya ujian buat kita. Ujian melihat kesabaran kita dan Ujian kepada larangan Allah dalam mengumpat dan mengeji.. Tidakkah akal diberikan untuk kita berfikir?

Marilah kita memeriksa diri sendiri sebelum sibuk dengan hal orang lain. Tidak salah menegur sahabat kita secara terang-terangan, malahan itu yang disarankan oleh Islam, malah pahala menanti kita jika betul caranya. Yang menjadi persoalannya mengapa mesti menyatakan kelemahan orang lain kepada orang lain juga? Tidakkah ia menampakkan kelemahan kita dalam beragama? Bukankah perintah Allah supaya menjauhkan diri dari mengumpat dan mengeji?

Mari periksa diri kita sendiri.. adakah kita sudah menutup aurat kita sebagaimana yang diwajibkan? Jika belum maka anda juga ada kekurangan diri..

Mari periksa lagi... Adakah kita ini sentiasa menepati masa masuk tolong kawan punchkan sahaja? Jika ya, anda juga telah makan gaji buta..buruk juga kelakuan anda rupanya..jadi jangan asyik mencari kelemahan orang entah-entah anda juga di umpat juga?

Mari periksa diri kita sendiri.. Adakah kita sudah membaca tafsir Al-Quran? Jika belum maka bacalah kerana di dalamnya terdapat amaran Allah yang ditujukan untuk si pengumpat dan dipengeji..tidak takutkah kita?

Mungkin ada banduan yang ditahan di penjara, besar kesalan meraka di dunia, tetapi pintu taubat telah mereka miliki dan hukuman yang mereka jalani telah menyeksa mereka, tidak perlu memandang buruk pada mereka ini mungkin Allah dah ampunkan mereka tetapi belum mengampunkan kita yang masih mengata dan mengeji ini..

Sudah cukup besarkah pahala kita di sisi Allah kerana di akhirat kelak kita terpaksa memberikan pada orang yang diumpat. Benarkah segala amalan baik kita selama ini 100% sudah diterima oleh Yang Maha Esa? Entah ada atau tidak pahala yang kita rasa sudah banyak kita miliki selama ini. Maka jangan jadi orang yang rugi di akhirat kelak kerana di sanalah kehidupan kita yang sebenar-benarnya. Ibarat mencelup jari ke dalam lautan luas, air yang melekat itulah dunia yang selebihnya adalah akhirat.

AMPUNKAN AKU WAHAI PENCIPTAKU

Aku menatap kalam Mu, wahai penciptaku,
Meniti baris-baris ayat,
Yang tidak pernah aku pedulikan
Yang tidak pernah aku baca
Kerana aku lalai dengan kehidupan dunia.

Bila badai mula melanda,
Aku seakan-akan tiada lagi tempat mengadu,
Aku tiada kekasih yang menyintai,
Aku tiasa tempat untuk mengisi sunyi
Aku tiada daya menyatakan isi hatiku.

Waktu itu aku sedar,
aku terlalu alpa selama berpuluhan tahun,
Hanya tinggal separuh lagi perjalanan hidup ini,
Itu pun jika masih berbaki...

Ya Allah, berat dugaanMu, maka aku jadikan ia HIDAYAH,
Yang menjadi cahaya kecintaan aku sebagai hambaMu,
Ampunkan aku wahai Penciptaku,
Ampunkan aku kerana lupa keindahan kalam-Mu,
Ampunkan aku kerana lupa akan Sunnah Rasulku,
Ampunkan aku kerana lupa pada keindahan cintaMu kepadaku

SUKARKAH PERKAHWINAN ANDA?

Kadangkala dalam rumahtangga, pelbagai dugaan yang kita tempuh. Tidak disangkalkan sukar mendapatkan rentak dan irama selepas kita mendirikan rumahtangga. Suami terpaksa meninggalkan segala aktiviti masa mudanya melepak dan bersukan pada masa lapang, manakala si isteri terpaksa melupakan aktiviti bershopping sakan , bergaya dan menjaga tubuh badan.

Dalam satu kajian menunjukkan kita mengambil masa semaksimum 7 tahun untuk mengetahui samaada perkahwinan kita itu bakal kukuh atau akan roboh.. inilah tempoh percubaan sebab itulah di luar negara mereka tidak mendaftar perkahwinan tetapi telah  tinggal serumah bagi menentukan samaada ada kesesuaian atau tidak. Di dalam Islam, tiada ikatan luar nikah ini dibenarkan sama sekali, bukan bermaksud Islam itu tidak cantik bahkan ianya terlalu indah kerana ikatan perkahwinan sebenarnya menjanjikan suami dengan tanggungjawab yang besar dipikul untuk menjaga isteri dan anak-anak. Itulah antara intipati yang dilafazkan oleh suami ketika akad nikah tanpa disedari oleh mereka! sebab itu ramai suami lalai!!!

Semasa awal perkahwinan terdapat perbezaan antara kedua-dua belah pihak. Si suami dengan latar belakang yang senang dari A-Z dijaga rapi oleh ibu. manakala si isteri berlatar belakangkan dengan kehidupan berdikari.. contohnya. Maka hal ini jika tidak di ambil peduli terjadinya suami yang selalu ingin isteri mendampingi makan minum dan pakainya manakala si isteri terasa seolah suami boleh membuat kerja mudah itu sendiri. Maka untuk kedua-dua pihak, kajilah latar belakang pasangan anda, cuba lihat apa yang diperlukan oleh pasangan anda. Jangan hanya membuat tanggapan sendiri kerana tidak rugi mengkaji cuma jangan mengkaji kerana mencari KELEMAHAN latar belakang keluarga masing-masing yang tentunya akan menjadi PADAH!

Kadangkala jiwa si isteri meronta-ronta suami berubah dan dengan mudah menghantar sms kepada suami memberitahu salah suami dengan niat yang baik suapaya rumahtangga lebih harmoni. SALAH TINDAKAN ANDA! Sebenarnya sms itu peratusannya lebih tinggi akan menyebabkan PERGADUHAN wahai sahabatku. Berapa banyak kes penceraian disebabkan sms ini berlaku kerana bila kita menekan butang huruf di handphone sudah pasti segala yang terbuku di hati keluar dengan mudahnya , malah kelemahan sms adalah intonasi bacaan yang kita taip dan intonasi bacaan pada si penerima adalah berbeza. Kita hantar dengan kononnya bernada meminta simpati padahal si pembaca membaca dengan nada marah.

kadangkala kita seakan merasa lemah dengan apa yang berlaku di dalam rumahtangga kita. Kita bercinta bagai nak rak bak percakapan orang tua, tapi bila berkahwin keindahan seakan-akan makin hilang. Terasa beban yang mencurah2 makin terasa,suami pula meninggalkan beban kerja rumah kepada si isteri sahaja malahan jika rumah tidak teratur si isteri pula disalahkan. Benarkah tanggungjawab KERJA RUMAH itu hanya untuk isteri. TANGGAPAN INI SALAH sahabatku! Tangggungjawab kerja rumah ini bergantung kepada siapa yang keluar mencari nafkah dan siapa pula yang tinggal untuk menguruskan rumahtangga. Jika si suami bekerja manakala isteri surirumah , tanggungjawab isteri adalah menguruskan hal rumahtangga begitu juga sebaliknya. Jika kedua-duanya bekerja, maka tenggungjawabnya adalah sama-sama dipikul. Ini tidaknya bila kita melihat kebanyakan perkahwinan melayu sekarang si suami hidup bersenang lenang dan hanya meninggalkan semua tanggungjawab kepada si isteri selepas pulang dari kerja. Si isteri terpaksa memasak, membasuh baju, mandikan anak malahan nak salin lampinpun si suami masih menunggu si isteri. Kasihan lah pada si isteri, duit isteri bekerja guna jugak untuk menampung keperluan tu yang tak sedap tue.. Inilah salahnya konsep perkahwinan yang terdapat dalam keluarga / adat  kita yang masih kita terbawa-bawa sehingga sekarang. Dulu lainlah, sekarang lain maka berubahlah untuk saling bantu membantu, jadikan Rasullullah sebagai idola kita, ikutilah sunnah Rasullah. Baginda selalu membantu isteri baginda membuat kerja rumah walaupun kita tahu baginda seorang pemimpin besar, sibuk dengan segala urusan negara dan urusan menegakkan ISLAM. Siapalah sangat kita ni, EGO kita melebihi keindahan mengikut tingkah laku Rasulullah.

Janganlah berputus asa, berdoalah untuk pasangan kita. Jangan terlalu mudah mengikut perasaan dengan menyatakan perasaan kita secara terus kepada pasangan kita. Tidak semudah itu manusia menerima kritikan!! Suami mempunyai egonya tersendiri begitu juga si isteri. Jika anda terasa lemah maka ingatlah ada YANG MAHA PENGASIH yang sentiasa menyintai hamba-hamba-Nya. Anda terasa dunia seakan-akan kosong maka ingatlah YANG MAHA PENYAYANG sentiasa menanti doa dari hamba-hamba-Nya. Doa kita bukan boleh berubah sekalip mata, maka berdoalah setiap hari. Jangan berputus asa dengan nikmat Allah. Ingatlah kadangkala hidup kita bahagia kita terlupa menyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, apabila susah barulah kita menadah tangan meminta-minta pada nikmat-Nya. Adilkah kita dengan berbuat begitu? Bila susah kita meminta-minta. Tetapi Allah itu seindah ASMA-Nya. Kembalilah kita kepada fitrah mencintai Allah, menadah tangan sehingga akhir hayat kita kerana setiap dugaan itu adalah hidayah Allah kerana jika kita sentiasa bahagia kita lupakan Allah. Fikirlah dan ingatlah Allah sentiasa, semoga Allah juga mengingati kita.. Jangan terlewat sahabatku. Bukan mudah menjalani kehidupan rumahtangga, syukurilah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita setiap hari sesungguhnya nikmat bersyukur itu terlalu indah.

BAYANGKAN ANDA ADALAH ANAK ANDA!

Tidak ada yang lebih merunsingkan kita jika anak kita degil, susah mendengar cakap, cakap 5 kali belum tentu keje berjalan bukan? Mari kita kongsikan bersama2 cara2 menangani anak yang susah untuk di didik ini.. ianya di gelar 7P...

1-PERHATIAN
Kita selalu lalai dengan bab ini. Kadangkala kita terlalu suke menonton TV, almaklum le bulan2 kena bayar bil ASTRO..tak ke rugi kalo tak menontonnya? Sebenarnya di dalam kehidupan kita, kita ambil mudah dengan soalan2 yang diberikan oleh anak kita, kita menjawab sambil lewa atau lebih teruk lagi kita buat BODO aje.. Agaknya apa perasaan kita bila kita dah tua nanti, dalam keadaan tak berdaya /tua bila kita beri soalan anak kita jawab sambil lewa aje? Tidakkah kita takut saat itu akan tiba? Buat lah yang terbaik untuk anak anda! Bukan hanya dengan mewahkan anak kita dengan permainan tapi mereka juga amat meninginkan PERHATIAN anda! Jangan terlewat wahai saudaraku...

2-PUJI
Kadangkala anak datang kepada kita menunjukkan hasil tangan nya yang ala2 kartun tue... jangan hanya biarkan begitu sahaja.. Pujilah!!! Anda juga suka bila dipuji bukan? Seronok bila anda dipuji!! begitu juga anak anda! Jangan biarkan saat yang mengembirakan anak anda menjadi hampar, umpama kita membawa hasil kerja kepada bos kita, anda berharap beliau akan berpuas hati bukan, lagi seronok bila beliau cakap BAGUS... kalau hasil kita di tolak oleh bos kita padahal kita dah bersusah payah siapkannya, apakah perasaan kita?
Puji pun ada caranya, jangan hanya memuji di mulut tapi memandang ke arah lain. Pujilah sambil bertentang mata dengan anak anda, permata hati anda! Puji lah lebih sakit, bukan hanya cakap CANTIK! Puji secara terperinci adalah lebih mendorong anak kita membuat keje dengan lebih teliti kelak. Apa salahnya PELUK lah sekali menandakan anda sayang padanya. Mengikut kajian, pelbagai hikmah PELUKAN/ SENTUHAN.. So jangan jadi ibu bapa yang RUGI!

3-PENDIDIKAN.
Mendidik adalah perkara penting dalam kehidupan kita untuk membesarkan anak-anak kita. Mendidik bukan hanya sebutan! mendidik memerlukan anda korbankan diri anda sebagai IDOLA ANAK ANDA! Maka berubahlah kepada manusia yang lebih baik, cintailah Allah supaya anak anda juga menyintai PenciptaNya.
Jika anak mendengar di sekolah , MEROKOK HARAM, tetapi bila balik rumah ayahnya pula merokok, apa agaknya anak  ini akan fikir? Bagaimana pula jika ustazah kita berkata kepada anak kita, KITA MESTI MENUTUP AURAT BAGI WANITA dengan menerangkan bahagian2 yang sepatutnya tidak didedahkan dan apabila kita keluar rumah sebagai ibu kita memakai pakaian seksi , apa agaknya fikiran anak kita? Perlukan ISLAM itu di kotak katikkan oleh diri kita? JANGAN LAHIRKAN GENERASI ISLAM LIBERAL, TOLONGLAH JANGAN MENFITNAH ISLAM...
Perkara yang perlu ditekankan lagi adalah kita bangga bila anak kita cemerlang dalam ILMU DUNIA, hantar kelas bermacam2 kelas supaya anak kita CERMERLANG, tetapi adakah kita mengambil kira BAB SOLAT anak kita? Adakah kita bangga dengan anak yang mendapat 8A SPM tetapi solatnya tidak dibuat?

4-PUJUK.
Tak salah kita melemparkan sedikit EGOO kita untuk anak2 kita. Dah le kita terlewat mendidik anak kita, dah umur 15 tahun baru perasan anak kita KURANG AJAR...Kita yang salah sebenarnya.  Maka pujuklah anak anda.. Berkasih sayanglah dengan anak anda kerana Allah...

5. PUKULAN
Tidak salah kita memukul jika bersebab tetapi pastikan salahnya besar! Jangan sikit2 kita nak naik tangan, maunya tua nanti bila kita pecahkan cawan, dia pulak naik tangan kat kita.. SERONOK kah kita masa tue? Pukullah jika anak kita tidak mahu menunaikan perintah Allah... Jangan terlalu memaksa hal-hal duniawi, paksalah untuk hal akhirat kerana salah satu belakan kita kelak adalah anak yang soleh .. Jangan rugi di alam kubur! Jangan rugi di akhirat kelak wahai sahabat!

6-PENGHARGAAN.
Anak anda berjaya solat! maka berikan ganjaran padanya... Anak anda berjaya puasa penuh, berilah penghargaan kepadanya. Cuma minimumkan penghargaan, lebihkanlah PUJIAN. Jika tidak  kita takut suatu hari nanti bila kita janjikan RM50 jika berjaya puasa sehari, takut nanti dirumah bila keseorangan dia akan makan dan minum, tetapi di depan kita anak kita membuat muka ala2 letih! Sudah menjadi mengajar anak kita MENIPU pula.. jangan rugi! Berilah penghargaan secara kecil-kecilan, ajar anak kita mengumpul mata juga kaedah yang baik.. bila dia membuat kerja rumah akan mendapat mata/ guli yang kita sediakan. Bila anak kita mencapai 10 guli boleh ditukar kepada bentuk hadiah pula.

7-PERIKSA
Jangan lupa bab ini, periksalah anak anda! Bila kita berpuas hati dengan pencapaian anak kita disekolah kita membiarkan terus anak kita tanpa memeriksa bilik, beg dan kerja rumahnya. Kita tidak tahu betul kah anak kita ini berjaya sebab rajin, atau berjaya kerana meniru. Periksalah aktiviti seharian dan jagalah anak anda jika ke kafe siber, kebanyakan anak-anak yang ke sana mencarut dan memaki hamun sesama sendiri.. anda tidak percaya? cubalah masuk ke sana ketika cafe siber ini dipenuhi pelanggan pelajar2 ... anda akan tahu teruknya keadaan di sana.


ANAK ADALAH PERHIASAN DUNIA JANGAN TERLALU BANGGA DENGAN PENCAPAIAN DUNIAWI ANAK2 SEHINGGA KITA SIBUK MENCERITAKAN PADA ORANG LAIN PENCAPAIAN ANAK KITA, KEBOLEHAN ANAK KITA "SPEAKING OMPUTEH".. JANGAN TERLEWAT SAHABAT2 KU.MARI LAHIRKAN GENERASI MUKMIN YANG SEJATI.. TIDAKKAN KITA GEMBIRA BILA ADA YANG MENDOAKAN KITA BILA DI ALAM BARZAKH NANTI? TIDAK MAHUKAH ANDA?

INDAHNYA TAFSIRAN KALAMULLAH..

Adakah kita gemar membaca Al-Quran? maka jangan pula lupa akan tafsirannya! Sesungguhnya lebih baik kita membaca bersama2 dengan alim ulamak.. sebab mereka lebih memahami setiap ayat dengan teliti dan memahami bahasa Arab.. malangnya kita kesempitan masa tetapi adalah lebih rugi kalau kita tidak membacanya langsung. Kita seronok membaca Al-Quran kerana alunannya lunak, tambahan pula jika kita pandai melagukan nya dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya Al-Quran mendidik jiwa kita sebaik mungkin. Di dalam nya terdapat rahsia-rahsia yang tersembunyi yang dapat melembutkan hati, menenangkan jiwa, menyedarkan kita tentang dunia, mengingatkan kita tentang balasan akhirat yang pasti tiba untuk setiap manusia samaada kafir atau orang yang beriman. Indahnya kalam Allah ini  hanya dapat dirasai oleh orang yang membacanya beserta maksudnya. Tidak dapat dibayangkan keindahan kata-kata yang terdapat di dalam Al-Quran, maka marilah kita menghayatinya supaya kita menjadi akur dengan perintah Allah, redha dengan ketentuanNya, menjauhi larangan-Nya.
Al-Quran! Indahnya bahasa yang tersusun. Indahnya bayangan syurga, takut yang teramat jika neraka di sebut sebab dosa kita sebesar biji sawi pun pasti akan diambil kira. Mungkin kita terasa kita sudah cukup baik di dunia... sesungguhnya TIDAK sama sekali! Penduduk Islam di muka bumi banyak sekali, umpama buih2 dilautan... tetapi pegangan agamanya bak memegang bara SAHAJA! Mampu kah dengan sedikit kebaikan yang kita buat menangani keburukan kita mengumpat, mengeji manusia lain? Tiada tempat kita boleh lari dari pengawasan Allah, dan juga perlu kita ingat dua malaikat yang taat dan setia kepada Yang Maha Esa di kiri dan kanan kita. Pada zahirnya tidak nampak, tapi TAKUT lah! TAKUT lah! TAKUT lah!!!!!!!!!