Mari kita renung sejenak hidup kita, adakah kita ini semakin hari semakin kaya dengan harta dunia, Allah menyintai kita sebab itu kita dianugerahkan begitu banyak harta dunia. Mari kita fikir lagi, adakah amalan kita mencukupi , sentiasa mengingati Allah , menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya? Yang menyebabkan harta kita bertambah dari hari ke sehari? Atau adakah kita ini meninggalkan perintah Allah , bergembira dengan larangan Allah ketika didunia bahkan seronok mendedahkan aurat secara terbuka, meneguk arak, tidak bersolat tapi kita rasakan bahawa nikmat Allah itu makin banyak buat kita walaupun kita tidak mengendahkan larangan Allah?
Maka hati-hatilah dengan nikmat sebegini. MAKIN HARI MAKIN KAYA walaupun maksiat sentiasa berada di dalam diri kita...itulah ISTIDRAJ!!!!!!!! Moga Allah menjauhkan kita nikmat yang sebegini, biarlah kita hidup sederhana asalkan jangan dikurniakan ISTIDRAJ pada kita..
MAKIN HARI MAKIN KAYA walupun tidak solat
MAKIN HARI MAKIN KAYA biarpun sentiasa mendedahkan aurat
MAKIN HARI MAKIN KAYA walaupun ke kelab malam dan minum arak
MAKIN HARI MAKIN KAYA walaupun berzina
ISTIDRAJ merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah tetapi tidak diredhai-Nya. Allah memberi dan terus memberi agar kita dari hari ke sehari makin lupa akan larangan-larangan Allah, nanti senang terus humban ke neraka.. tak takutkah?
Dulu kita memandang rendah pada orang yang berkereta kancil, yang ke masjid menunaikan perintah Allah padahal kita naik BMW ke kelab2 malam malahan makin banyak harta yang berjaya kita kumpulkan. Allah sayang sangat le kat kita konon-kononnya. Jangan nati kita dok menjerit2 dalam neraka padahal pemilik kancil tersebut bersenang lenang ditemani bidadari syurga.. malu ugak ek kalau berada dalam keadaan macam tue.. adoi le .. bukan sahaja anda kena berfikir , saya juga turut perlu berfikir, sebab kita tak tau bila ajal akan menjemput.
Jangan nanti bila bertemu ajal kita masih dengan kekufuran kita, Semoga di jauhi Allah keadaan seperti ini. Oleh itu, hati-hati dengan istidraj ini, kerana kita takut bila ajal sampai nanti kita tidak sempat memohon ampun dari Allah. Kita telah menggunakan nikmat Allah tetapi masih angkuh dan sombong di dunia ini, masih tidak memikirkan akhirat dimana azabnya sangat dasyat!
Makin kaya kita semakin banyaklah yang kita perlu jawab nanti, kerana setiap harta kekayaan itu pasti akan dipersoalkan kelak kemana kita telah menggunakan semua harta tersebut sebabnya yang pasti semua tu milik Allah , kita hanyalah peminjam sahaja, tak payah kene interestpun.. Ala2 kita buat pinjaman siket dengan pijaman berpuluh ribu, yang buat pinjaman sikit tu senang aje diluluskan, pinjaman yang banyak tue banyak pulak cekadaknya, begitulah diibaratkan. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Semoga kita makin hari makin kaya dengan ibadah dan kehambaan pada Yang Maha Esa...bukan harta dunia yang melalaikan.
SESUNGGUHNYA DUNIA INI ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN,
SYURGA BAGI ORANG KAFIR.....
Fikir-fikirlah....
Online shop for custome made wood working especially pallet pine and crafted mdf board. Interested ? pls whatzup to 0172025989 for further details
Friday, August 12, 2011
Monday, August 8, 2011
Rezeki Berlimpah Ruah, Anak Isteri Sepi Tanpa Cinta Ilahi..
Mari kita renung sejenak, mari kita hitung bersama-sama, masa yang kita peruntukkan untuk anak kurniaan Ilahi.
Kita rasakan seolah2 masa berlari begitu pantas, membenamkan kita ke dalam ruang yang begitu sempit, ahli keluarga sukar bertentang mata, rumah bagai hotel buat kita.
Rumah tersergam indah, sofa buatan Itali, kabinet import dari United Kingdom, Kereta BMW 5 series, tapi malangnya sofa buatan Itali yang empuk di rasai oleh pembantu rumah, kabinet import hanya untuk dijamah mata tetamu. Kita pula sibuk mencari rezeki, seakan apa yang ada itu masih belum mencukupi buat kita.
Kita mencari rezeki sehingga lupa pada tiang agama, kita mencari rezeki sehingga lupa anak2 yang memerlukan perhatian kita. Kita merasakan sudah cukup dengan menghantar anak-anak ke sekolah agama, cukup lah dengan makan minum yang dimasak oleh pembantu rumah, cukup segala wang saku buat bekalan di kantin, cukuplah dengan semua barang2 yang disediakan di rumah, bilik anak yang tersergam indah, Sony PSP peneman anak kita di kala kita tiada. Cukup kah? Benarkah?
Apabila berlaku sesuatu di sekolah, kita menyalahkan pihak sekolah kerana tidak mengajar anak kita dengan baik. Kita menjadi marah bila guru mendenda..kaji semula. Adakah sifat anak kita itu adalah sifat sebenarnya atau lakonan semata2 untuk kepuasan hati sang ibu dan sang bapa, berlakon setakat sejam dua bertentang mata dengan ibu bapa bukan lah perkara yang susah! itu pun kalau sempat berjumpa... berlakon dengan guru selama 6 jam lebih sukar.
Jangan kita terlewat mendidik, masa kita mendidik anak dengan baik dan tegas adalah semasa mereka berumur 7 hingga 14 tahun. Jika masa ini kita abaikan, bila dah burumur 14 tahun baru kita sedar anak kita menyimpang jauh dari landasan yang sepatutnya, kita sudah terlewat! Kita lupa nak lihat benarkan anak kita sudah boleh bersolat kerana menunggu masa balighnya, kita pasti menyesal.
Nampak kuno bila kita mendesak anak kita untuk mendalami agama pada umur yang masih muda, tidakkah kita tahu mereka di luar negara yang lebih maju teknologinya lebih canggih menggunakan kaedah mendidik pada usia yang muda, bermakna kitalah kuno sebab tak tau...
Itulah sebabnya kita dapat lihat di luar sana, ibu yang bertudung tapi anak daranya masih memakai seluar pendek ke kedai mamak, dengan paha yang menggiurkan tapi si ibu seakan2 bangga dengan kelebihan anaknya. Tidak kah kita kasihan pada si anak, oleh sebab kelalaian kita, si anak menanggung dosa?
Kita dapat juga melihat di luar sana, si ibu yang masih mempunyai susuk tubuh menggiurkan dilapisi benang sesendat mungkin seakan2 gembira dipandang lelaki lain, si ayah pula bangga kerana memiliki si ibu yang masih bergetah walaupun anak sudah 3! Bestnya dunia, di mana peranan sang ayah sebagai pendidik? pendidik kepada ibu yang masih dikuasi nafsu dunia, mendidik anak yang memerlukan perhatian.
Marilah kita sama2 membuat perubahan pada diri kita demi anak- anak kurniaan Ilahi...Kita berubah kerana cintakan Ilahi, umur makin meningkat, masa semakin mencemburui, ajal bila2 sahaja pasti tiba pada waktu yang dijanjikan waktu yang kita sendiri tidak tahu bila.. esok kah? malam ini kah? satu minit lagikah?...
Adakah pada masa kita bertemu Ilahi kita dapat menjawab pertanyaan di mana tanggungjawab kita mendidik anak-anak , jika anak2 dibiar sepi si ibu di biarkan nafsu dunia terus menguasi diri? Bolehkah kita manjawab tak cukup masa sebab sibuk mencari rezeki? benarkah mencari rezeki atau rezeki kita rasakan tak pernah cukup2 , kita rasakan tak pernah puas apa yang telah dikurniakan oleh Ilahi..
Ingat ayat ini..... sebagai amaran buat kita yang lalai mengejar dunia
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr

Tangisan Cinta BuatMu
Zaman makin maju, aku makin alpa,
mencari cinta yang semuanya belum pasti,
mencari ketenangan yang masih belum abadi,
hilang arah menilai diri , siapakah yang aku cintai?
Malam kian berganti, hari semakin memamah diri,
Aku masih di sini dan terus mencari,
Ombak gelombang yang membadai nurani,
Kecintaan apakah yang menjanjikan kesetiaan?
Hidup dipenuhi dengan kelazatan
kadangkala sudah mencukupi tapi hati masih belum puas,
Belum puas mengejar cinta yang tak henti-henti meminta untuk dipenuhi,
Cinta penuh nafsu, cinta pada kemewahan, cinta pada kehebatan diri sendiri,
Aku kah itu?
Aku masih memikirkan, masih belum cukupkah apa yang aku miliki?
Masih belum cukupkah kurniaan Ilahi?
Tapi yang nyata, belum cukup cintaku buatMu, Ya Allah...
Akan ku korbankan kemewahan diri,
Aku hanyalah hamba Mu, hamba yang memerlukan cintaMu dalam hidupku,
Biar aku menangis kerana mencintaiMu,
bukan menangis untuk dunia yang memperdayakanku...

Subscribe to:
Comments (Atom)