Sunday, November 6, 2011

PULANGLAH WAHAI CINTA

Termangu dalam diam,
Dosa lalu bak lautan hamparan bumi yang seluas pandangan,
Mencari manusia yang dapat memberikan cinta
Namun jawapan terus hampa

Tertunduk di sebalik duka,
Seakan tiada penyelesaian segala masalah di dada
Memikirkan diri yang sedemikian adanya
Seakan diri di penghujung riwayat sudah tiba

Pernahkah terfikir apa yang  cinta terbaik dalam hidup?
Pernahkah terfikir ada yang menyinta melebihi akal pemikiran kita?
Pernahkah terfikir ada cinta yang paling hangat membara?
Cinta dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Kita penuh alpa dalam maksiat, hidayah dihulurkan..
Kita penuh kerunsingan, cinta dihulurkan..
Kita penuh kesangsian, Kalamullah dihulurkan..
Cinta yang tak pernah padam-padam..hangat membara selagi bernyawa.
Indahnya menyinta kepada Yang Maha Pencipta..
Kerana cinta-Nya melebihi cinta seluas lautan manusia..

Ya Allah,
Sesungguhnya aku alpa dalam menjadi hambaMu,
Aku lupa pada batas waktu dengan kesibukan duniawi,
Aku tahu tiada cinta seindah cinta kepadaMu,
Aku hanyalah hamba, namun kasihMu tidak pernah putus buatku..
Ampunkan aku Ya Allah,
KasihMu melebihi sekalian umat manusia,
SayangMu melebihi semua cakerawala...
Akan aku berusaha mengembalikan cinta buatMu,
Sehingga akhir hayatku hanya dengan izinMu
InsyaAllah...





 "Hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."

Saturday, November 5, 2011

PERLUKAH MENANTU MERTUA SERUMAH?

Tajuk ini pernah diperbincangkan di dalam Wanita Hari Ini dimana pakar motivasi menyatakan bahawa terdapat 2 pendapat ulamak tentang menantu dan mertua tinggal serumah, yakni  yang pertama adalah TIDAK DIGALAKKAN dan kedua HARUS (dibolehkan)  bahkan Rasulullah sendiri tidak pernah tinggal bersama mertua baginda.

Menantu lelaki tinggal bersama mertua mungkin tidak menjadi masalah, tetapi yang selalu terjadinya konflik apabila menantu perempuan dibawa oleh suami tinggal bersama ibu dan bapanya. Ini adalah kerana kita melihat dari perspektif adat kemelayuan, kerja rumah mesti dilangsaikan oleh isteri , tidak langsung dijatuhkan dibawah tanggungjawab suami, manakala dari perspektif Islam, kerja rumah dan mendidik adalah jatuh pada kedua2nya dalam menjalani kehidupan suami isteri, tidakkah indahnya Islam?

Apabila tanggungjawab kerja rumah sudah di"set"kan dalam minda masyarakat Melayu adalah kerja isteri, maka apabila menantu perempuan tinggal bersama mertua, sudah pasti perkara ini akan dipandang dan dinilai. Jika tinggal bersama mertua anda perlulah berkorban masa anda untuk menunjukkan anda adalah menantu harapan membuat kerja2 rumah walaupun penat bekerja dipejabat, jika anda rasa anda tidak dapat berbuat demikian maka berusahalah menarik perhatian dengan cara wang ringgit dan hadiah2 pula. Tidak sama antara menantu menumpang dirumah mertua dan mertua menumpang dirumah menantu laksana anda menggunakan harta orang lain dan orang lain menggunakan harta anda! maka perlu hati2 menggunakan harta orang lain berbanding dengan harta benda sendiri

Bukan sedikit wanita yang berkahwin dan tinggal di rumah mertua mengalami masalah emosi. Masalah ini bukan berpunca dari mertua  atau menantu yang berperangai tidak baik tetapi terdapat konflik pada kasih sayang yang cuba direbut pada anak lelaki/suami. Ibu menganggap itu adalah anak lelaki yang disayangi dan telah dijaga sebegitu lama dari bayi manakala suami pula adalah tempat si isteri mendambakan kasih dan sayang. Alasan ini nampak seperti tidak ada logik besar padanya tetapi itulah hakikat dan hakikat ini akan lebih terserlah jika menantu dan mertua ini tinggal serumah. Menantu juga harus sedar bahawa apa yang perlu digapai bukan sahaja kebahagian rumah tangga bahkan redha ibu bapa mertua juga amat penting dalam menjalani kehidupan yang diredhai Allah.

Rasul telah menerangkan bahawa redha Allah adalah pada Redha ibu-bapa,dan murka Allah juga pada marah ibu bapa,sebagaimana sabda Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam:
رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين
Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Maka si isteri perlu sedar akan pentingnya redha mertua dalam perhubungan antara suami dan isteri. Kita dapat lihat diluar sana bagaimana keadaan rumahtangga yang tidak ada redha ibu bapa dimana pelbagai konflik melanda.

Di dalam sebuah Hadis yang menyebut hak berbakti kepada ibu yang lebih utama.
سئل النبي صلى الله عليه وسلم :أي الناس أعظم حقا على المرأة؟ قال:زوجها.فعلى الرجل ؟قال :أمه.(رواه الحاكم
“Ditanya Nabi solallahu ‘alaihi wasallam : Hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab: suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, “ibunya” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Dilihat pada hadis di atas, si isteri perlulah memahami betapa pentingnya suami untuk memenuhi hak ibu. Kita sendiri tidak mahu suami dilabelkan sebagai anak derhaka dan pulangannya pastinya neraka. Suami pula tidak hanya perlu menunaikan hak2 ibu malah perlu memikirkan hak isteri juga. Salah satu tanggungjawab suami adalah melahir dan memberi kasih sayang yang sejati serta tidak menyakiti isteri. Begitu sukarnya tanggungjawab yang berada pada bahu lelaki maka kita samaada sebagai ibu atau isteri perlulah mengambil inisiatif untuk saling bantu membantu dan menenangkan insan kesayangan kita.

Bukanlah perkara wajib untuk suami membawa isteri tinggal dengan ibu bapa, maka jika tidak ada keserasian dalam perhubungan tersebut, maka bawalah isteri keluar dari rumah tetapi dengan alasan yang tidak menyinggung perasaan ibu bapa. Bukan mudah menjadikan 2 manusia berlainan latarbelakang tinggal serumah. Ada yang terlalu pembersih ada yang biasa2 sahaja, ada yang suka masakan cina dan ada yang suka masakan melayu, ada yang suka tidur dan ada yang suka berbuat bising, maka carilah penyelesaian terbaik untuk rumahtangga kita, jangan biarkan isteri terseksa dan ibu bapa merana.

"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Ahmad),

Jika keadaan sudah tidak membahagiakan mana2 pihak, terjadinya aktiviti maksiat seperti maki hamun , mengumpat, mengeji bahkan pergaduhan antara ibu bapa dan menantu yang tinggal serumah maka jangan disiksa lagi hati2 mereka ini. Mintalah ampun pada ibu bapa oleh isteri dan suami dan bawalah isteri pada kehidupan yang lebih tenteram. Mintalah izin dengan sebaik mungkin daripada ibu bapa supaya mereka tidak terkilan. Ziarahlah ibu bapa, bukannya bermakna keluar dan membiarkan ibu bapa sebegitu sahaja.