Thursday, October 18, 2012

JAWAPAN ALLAH TERHADAP BACAAN AL-FATIHAH DALAM SOLAT

Bismillahirrahmanirrahiiimm...Alhamdullilahhirabbil'alamin.
Maksud:Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
ALLAH menjawab: HambaKU telah memuji akan DAKU..

Arrahmanirahiiim..Maksud:MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
ALLAH menjawab: HambaKU telah menyanjung DAKU

Malikiyaumiddiiin..Maksud:Yang menguasai hari pembalasan.
ALLAH menjawab: HambaKU telah mengagungkan DAKU..

Iyyakana'buduwaiyakanast'ain..Maksud:Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan
ALLAH menjawab:Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja.

Ihdinossiratolmustakim..Maksud:Tunjukkan kami jalan yang lurus..Siratollazinaan'amta'alaihim,ghairilmardhubialaihimwalloddhoooooolliin.Maksud:Jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
ALLAH menjawab:Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon.

Semoga kita sama2 dpt membentuk diri dan memperbaiki kekhusyukan kita dlm solat. Ingatlah, dlm solat kita bukan hanya bersediri tetapi adalah sedang menghadap Allah dan berinteraksi dgn Allah dan bacaan-bacaan doa dan pujian kepada-Nya. Jadi, sama2lah juga kita hayati adab2 dlm solat. (Adab2 bertemu dgn raja pun kita jaga, inikan pula menghadap Raja segala raja)Wallahualam. sumber:http://mis3fa.wordpress.com/2007/03/20/rahsia-khusyuk-solat-membaca

Tanda2 hidup diakhiri dengan "happy ending" (husn al-khatimah)

1. Diakhiri dengan lafaz shahadah - Daripada Muaz r.a., bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga." (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

2. Dahinya berkeringat - Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda (maksudnya): Mati seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Tarmizi, Ibn Majah dll)

3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat - Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pasti Allah swt menghindarkannya daripada seksa kubur." (Riwayat Ahmad)

4. Mati dalam keadaan melakukan ibadah - seperti mati ketika dalam solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.

5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati

Bagaimana kita mengakhiri hayat kita adalah penting, tetapi jauh lebih penting lagi adakah kita sudah bersiap sedia menghadapinya? Tepuk dada tanya iman :)

sumber: Solusi 29 (Mencipta Syurga Rumah Tangga)

DAMAINYA DIRI APABILA BERSIFAT PEMAAF !


Renungan harini, kita akan merasa tenang apabila memaafkn org lain, spt yg berlaku pd Umar b ab Aziz r.a, mujaddid pertama dalam Islam.Beliau minta drp khadamnya agar membawa air minuman.Tiba2 air yg dibawa telah tertumpah ke atas Umar, menyebabkannya basah, beliau merasa marah, tapi didamaikan bila khadam itu membacakan ayat ke 134 surah Ali Imran, yg bermaksud :.."dan orang yang menahan marahnya..Umar bertanya kpdnya,kemudian katakan lagi! Dia membaca rangkap berikutnya, dlm ayat yg sama: Dan orang yg memaafkan.Umar bertanya lagi:Kemudian? Dia jawab rangkap berikutnya,Dan Allah amat menyayangi org yg bersifat ihsan..Umar berkata : Kamu dibebaskan!
Lihat peribadi unggul ini bersikap pemaaf wp dia layak mengambil tindakan kpd hambanya itu, tapi dia lebih senang beramal dgn panduan Nabi saw yg bermaksud : Bukanlah kekuatan dikira dgn kekuatan, tapi apanbila dia mampu bertahan wkt ianya marah !

petikan dari Nota ustaz Zahazan..

Doa menghilangkan keresahan dan dukacita

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ. أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil.
Aku mohon kepada-Mu dengan tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad

perkongsian daripada nota Ustaz Zahazan ..

Doa mengelakkan anak daripada melakukan zina ataupun maksiat

Perkongsian dari notes Ustaz Zahazan...
 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya : Ya Allah ampunkan baginya,bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya. Riwayat Ahmad no 21185 , al-Tabarani no 7679, Al-baihaqiy dalm Syu’ab al-Iman no 5415 . kata al-Haithamiy perawi-perawinya adalah thiqat.
Jika anak itu perempuan, hendaklah ditukarkan Ganti nama hu (هُ ) menjadi ha (ها ) pada perkataan-perkataan ذَنْبَهُ , قَلْبَهُ dan فَرْجَهُ .

Petua Rasulullah saw buat yang menghidap penyakit kronik..

petikan daripada notes Ustaz Zahazan untuk perkongsian bersama...


Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

Sunday, October 7, 2012

KENCING MANIS KETIKA MENGANDUNG

Ni bab paling lemah kalo kene kencing manis masa mengandung cam aku nie la... biasa nye Ok aje.. tup2 mengandung kene lak kencing manis... hehehe... tapi InysaAllah pas beranak nanti hilang la selalunye le tapi tengok gak ada gak kes yang kekal hingga akhir hayat cume peratusnye rendah.

Ni kire aku mengandung untuk kali ke 3 walaupun anak yang kat luar baru satu aje.. yang no 2 meninggal dalam perut ... so aku ketogorikan anak dalam kandungan nie no 3 dan no 4 sebab dapat baby kembar... nanti aku cerita camno rasa pregnant dengan baby kembar.. ari ni aku nak cerita bab kencing manis dulu..

Bacaan gula aku masa puasa ok rendah aje le.. tapi pas 2 jam  minum air gula dia jadi tinggi... maksudnye kat sini aku nye sintesis gula dalam badan tak ok.. lembap la nak masuk dalam organ2 badan dan tisu2 badan nie.. so kalo dah lembap masuk dalam tisu aku, gula ni akan pegi ke anak dalam kandungan aku selebihnya... akan menyebabkan baby jadi besar la pulak.. dalam sesetengah kes gula akan pergi ke bahagian bahu bayi dan bahunye jadi besar susah nak beranak... so kalo dah baby besar sangat kena poton la plak nanti.. .banyak aku jumpe org kena kencing manis masa pregnant nie...

Disebabkan masalah ni aku pun beli aje le alat mengukur gula dalam darah... aku beli kat farmasi dekat umah aku aje le senang sebab aku x larat nak g survey2 dah .. harga aku rasa OK la pas aku selidik dalam internet nie.. nak g survey duit minyak lagie.. tenaga lagie.. so beli aje le kat sini...



HARGA PENGUKUR GULA DALAM DARAH yang aku beli nie.... RM 146,
dia ada kasik 50 strip untuk test darah... yang ujung
dia ada kasik tempat cucuk sekali .. yang tengah tue..
dia kasik juga meter nak ukur gula tue la yang kaler putih tue...
Alkohol swab tu aku beli sendiri harga RM 7.50
jarum untuk tempat cucuk tue kene beli gak... 50 sen aje satu.. so aku beli 10.. habis nanti aku g aje kat sini.. dekat ajo... So rm 2.50

Kira jumlah nye baru RM 156.. OK la tue ..

lepas dah tau kene kencing manis aku pun ambik macam2 langkah berjaga2..
1. aku dah tak minum air manis kecuali teringin sangat.. kira dalam sehari secawan aje le purata nye..minum susu pun aku x de letak gula.. kene ambik gak susu nak bekalkan kalsium untuk anak...
2. aku tak ambik benda berkafein nie dah.. segala kopi , nescafe, semua aku cut down dah..kafein ni pun akan mengganggu penyerapan nutrient dari makanan lain.. kalo makan terus aje minum jenis macam nie.. nutrient tak di serap dengan baik ke badan anda
3. aku makan kebanyakan gune beras perang.. memang x sedap.. tapi kalo sape2 yang x lalu beras perang leh la ambik beras herba ponni murah siket la (rm 35/5 kg )... dalam rancangan gak nak guna , atau perboiled rice ( rm 50/ 5 kg ) khas untuk pesakit kencing manis keluaran FAIZA... aku rasa lum mampu lagi nak gune  jenis beras nie sebab aku malas nak masak 2 x , kalo untuk satu famili makan, mau botak kepala hehehehe...
4. aku makan banyak sayur hijau...nak kasik aku kenyang, nak elak makan nasik banyak  . memang aku ratah sayur.. sebab sayur ni favourite aku... tambah lak cicah dengan sambal belacan.. satu pinggan sayur aku dapek makan.
5. aku minum banyak air puteh la... bab ni memang susah .. so aku beli satu tupperware .. aku letak kat ruang tamu , aku nampak terus minum.. kalo nak harap g dapur nak tuang dalam gelas dan minum memang la terlupa manjang
6. aku beli biskut jacob weatameal tue... mula2 aku tak percaya gak leh ke kenyang ngan biskut species nie,, pas try makan masa lapar memang la x kenyang masa tu jugak.. pas dah makan biskut nie.. leh tahan jugak le 2-3 jam aku tak rasa nak makan.. mula2 aku nak beli yang jenama IKO tue... tapi aku tengok gambo dia aku tak pasti le aku lalu makan ke idak.. tapi nampak macam lagi bagus sebab fiber nye banyak.. nanti le aku cube.. setakat nie JACOB tu boleh aku telan.. yang tukang perabis nye anak dan suami aku kat umah.. dorang pun suke .. WEATAMEAL nie... hehehe..

aku rasa yang tu le dulu ape yang aku buat.. yang obvious nak tolong diri sendiri dari masalah kencing manis nie.. aku x mo sampai peringkat kene inject kat perut ... Korang doa2 le aku berjaya maintain aku nye tahap gula dalam darah nie... dan doakan moga aku dan baby2 aku nie sihat hendak nye..,.,, Makaseh membaca